Bantu Tangani Covid-19. Malaysia Hantar Sumbangan Kepada Palestin

Susulan perbualan telefon antara Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada 6 April lalu, Malaysia menghantar sumbangan kepada Palestin bagi membantu menangani wabak Covid-19 di negara itu.

Perkara berkenaan dikongsi Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein di laman Facebook rasmi miliknya dengan memuat naik sekeping gambar beberapa wakil agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) di lapangan terbang.

Menurut Hishammuddin, sumbangan itu terdiri daripada peralatan perubatan termasuk sejuta unit topeng muka, 500,000 unit sarung tangan getah dan 500 unit pelindung muka.

“Semalam Malaysia telah hantar sumbangan peralatan perubatan kepada Palestin melalui Jordan menggunakan pesawat khas Air Asia,” katanya.

Beliau berharap sumbangan tersebut dapat membantu rakyat dan barisan hadapan Palestin dalam berjuang melawan pandemik itu yang kini mencecah jumlah 375 kes positif serta dua kes kematian di negara berkenaan.

“Moga sumbangan dari Malaysia ini sedikit sebanyak membantu rakyat Palestin perang1 Covid-19 InsyaAllah,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : Hishammuddin Hussein 

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Bantu Tangani Covid-19. Malaysia Hantar Sumbangan Kepada Palestin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*