Operasi Tahan Pendatang As1ng Di Pasar Borong KL

Jabatan Imigresen hari ini membuat serbuan di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur yang juga dikenali sebagai Pasar Borong Selayang.

Serbu4n dilakukan bermula 9.00 pagi dengan turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

Bagaimanapun, pengamal media yang berada di lokasi kejadian sejak pagi tadi tidak dibenarkan merakam sebarang gambar mahupun video di kawasan itu.

Menerusi laporan bernama, beberapa trak milik PDRM dan Jabatan Imigresen dipercayai membawa pendatang tanpa izin dilihat keluar dari kawasan itu dan difahamkan membawa semua tah4nan itu ke depoh tah4nan sementara.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu dalam masa terdekat.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim pula memaklumkan pihak polis berada di lokasi itu bagi membantu Jabatan Imigresen melaksanakan operasi berkenaan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : Bernama

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Operasi Tahan Pendatang As1ng Di Pasar Borong KL"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*