Campur Tangan Mertua Selamatkan Rumah Tangga, Peguam Syarie Pun Terperanjat Dengan ‘Kebijaksanaan’ Mereka

Zaman ini memang susah berjumpa ibu bapa mertua yang bijak pandai, atau kata lain memihak menantu bila si anak terang-terangan salah. Demi mementingkan kesenangan darah daging sendiri, kebanyakan mertua hanya ‘menurut’ keputusan anak untuk bercerai-berai dan menyalahkan menantu tanpa memikirkan kesan-kesannya.

Nona tertarik dengan perkongsian pengamal undang-undang syariah, Puan Rabiatul Adawiyah Ramli tentang sebuah kes ini. Beliau terharu dengan tindakan ahli keluarga mertua dalam menyelesaikan kemelut rumah tangga anak mereka.

“Pasangan suami isteri ini kembali berbaik semula selepas campur tangan mertua. Memang terperanjat mulanya sebab mereka langsung tak menyebelahi anak kandung sendiri yang pada waktu itu menduakan isterinya”

Kata beliau lagi, mertua janganlah percaya bulat-bulat apa yang dikata oleh anak sendiri kerana boleh jadi ia hanya rekaan atau fitnah semata-mata. Jangan dianiaya menantu sendiri kerana dia bukan dibesarkan di bawah tunjuk ajar dan didikan anda.

====================================================

Kes pagi tadi sangat menyentuh hati saya bukan kerana pihak-pihak yang sedang bertelagah dalam tuntutan nafkah anak, bukan juga kerana jumlah tuntutan yang dipohon oleh si isteri dan bukan juga jumlah yang dicadangkan oleh si suami.

Tapi apa yang menyentuh hati saya adalah bilamana yang turut hadir memberi semangat dan sokongan kepada anakguam saya ini adalah keluarga mertuanya sendiri. Ayah, ibu, adik-beradik dan juga ibu saudara mertua kepada anakguam saya.

Si ayah dalam nada sayu dan berlinang air mata meluahkan rasa kecewa terhadap anak lelaki beliau. Dan memberikan sokongan penuh pada menantu perempuan terhadap sebarang tuntutan.

Kata beliau, jika anak kita salah ia tetap salah. Untuk apa berpihak pada yang salah walaupun itu anak kita sendiri. Anak kandung kita boleh pijak-pijakkan, sebab itu anak yang kita pelihara, jaga dan dididik sepenuhnya tapi jika menantu kita perlu sayangi mereka melebihi dari anak kita sendiri.

Dan seterusnya beliau mengarahkan saya untuk lakukan apa sahaja sehingga anak beliau terduduk dan hanya tinggal sehelai sepinggang sahaja bukan kerana ingin mendoakan yang tak baik tetapi untuk memberikan kesedaran pada anak lelaki beliau bahawa isteri dan anak adalah tanggungjawab yang perlu dipikul 100% tanpa leka.

Kata beliau lagi, selagi mana anak beliau tidak insaf, beliau hanya akan berjumpa dengan anak lelaki beliau hanya di dua tempat sahaja. Jika tidak di mahkamah, hanya di balai polis sahaja.

Ending kes ini. Semua pihak berbaik semula. Mereka tak jadi berpisah.

==============================

Sangat susah berjumpa keadaan mertua dan menantu yang sangat baik sehingga mengetepikan anak sendiri. Tapi suka saya ingatkan, campur tangan mertua yang baik menghasilkan sebuah keluarga yang baik.

Jadi, sayangilah ‘orang luar’ seadanya kerana ‘orang luar’ itu yang telah bertungkus lumus menjaga hatimu dan bila kamu tidak lagi berpihak padanya, maka bila-bila sahaja ia boleh keluar dari hidupmu.

Kredit: Rabiatul Adawiyah Ramli

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

SUMBER

Be the first to comment on "Campur Tangan Mertua Selamatkan Rumah Tangga, Peguam Syarie Pun Terperanjat Dengan ‘Kebijaksanaan’ Mereka"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*