(AUDIO)Pendedahan Eksklusif mesyuarat majlis presiden pada 21 Feb 2010 lalu viral

KUALA LUMPUR: Satu rakaman dipercayai dirakam semasa mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) pada 21 Februari lalu tersebar di media sosial lewat malam tadi.Rakaman berjudul ‘Pendedahan Eksklusif Mesyuarat Majlis Presiden pada 21 Februari 2020’ itu disiarkan di Facebook Bersatu sokong Tun Mahathir.

Menerusi rakaman audio yang tular itu, Presiden Amanah, Mohamad Sabu membayangkan PH akan kembali menjadi pembangkang akibat dari perpecahan dalam gabungan tersebut. – Gambar fail

 

Dalam audio lebih dua jam itu, rata-rata semua kepimpinan PH ketika itu bertegang leher tentang peralihan kuasa antara Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Menerusi rakaman itu juga, Presiden Amanah, Mohamad Sabu membayangkan PH akan kembali menjadi pembangkang akibat daripada perpecahan dalam gabungan tersebut.

Mohamad berkata demikian sebaik sahaja Setiausaha Agung Bersatu ketika itu, Datuk Marzuki Yahya menegaskan partinya akan membuat satu keputusan sekiranya Dr Mahathir terus didesak meletak jawatan.“Kalau Bersatu buat keputusan, Amanah buat keputusan, DAP buat keputusan berpecahlah, kita akan jadi pembangkang balik, celaru nanti,” kata rakaman berkenaan dipercayai suara Mohamad.

Dalam mesyuarat itu ada beberapa pemimpin yang mahu satu tarikh ditetapkan selepas persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) untuk Dr Mahathir menyerahkan kuasa kepada Anwar.Manakala beberapa pemipin lain pula dipercayai mendesak agar Dr Mahathir dibenarkan meneruskan tugas sebagai Perdana Menteri selama satu penggal.

Dalam rakaman berkenaan turut dipercayai suara Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang ketika itu merupakan Timbalan Presiden PKR dan Ketua Pemuda PH, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mahu Dr Mahathir kekal hingga habis penggal dan mahu desakan meletakan jawatan harus dihentikan.Azmin menegaskan tiada konsensus peralihan kuasa selepas Sidang APEC, malah menganggap peralihan kuasa yang mahu dilakukan tidak mengikut Perlembagaan.“Tidak ada konsensus, bukan saya seorang sahaja tidak setuju ada banyak lagi pihak lagi.

Jangan tuding jari kepada saya. Di sini banyak pandangan yang berbeza, kenapa tuding jari kepada saya,” katanya.Syedd Saddiq pula dalam kecewa meluahkan rasa tidak puas hatinya kerana banyak pihak mendesak agar disegerakan peralihan kuasa biarpun satu keputusan telah dibuat sebelum ini.“Kita telah buat keputusan pada 23 haribulan dan ada pihak yang terlalu mendesak untuk beliau letak jawatan,” tegas Syed Saddiq pula.Audio berkenaan turut merakamkan dipercayai suara pemimpin PKR dan Bersatu seperti Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Radzi Jidin, Marzuki, Zuraida Kamaruddin dan, Tian Chua turut mahu Dr Mahathir terus menerajui kerajaan selama satu penggal.

Mereka mahu Dr Mahathir yang membuat keputusan sendiri tentang peralihan kuasa antara beliau dengan Anwar.Sementara pandangan yang dipercaya disuarakan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pula berkata; “Kita tidak pernah desak Tun untuk letak jawatan.”Pertikaman lihat berterusan sehinggalah Dr Mahathir berkata, beliau akan membuat keputusan untuk tempoh peralihan kuasa antara beliau dengan Anwar selepas APEC.“Saya akan buat keputusan selepas APEC,” kata Dr Mahathir dalam nada tegas.

Dua minggu selepas mesyuarat tersebut, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri dan membentuk kerajaan melalui kerjasama Bersatu, UMNO, Pas, GPS, PBS dan STAR.Manakala Pakatan Harapan yang terdiri daripada PKR, Amanah dan DAP kembali menjadi pembangkang seperti sebelum PRU-14.

Betapa BIADAPNYA mereka pada Tun M!!! Patut lah org marah dgn DAP, PKR & Amanah. Gila kuasa! Tak jujur! Tak sabar! Tamak! Lepas dengar perbualan mereka semua ni, siapa yang tak marah? Kalau dah tiap mesyuarat asyik desak Tun M letak jawatan siapa tak sakit hati? Rasa dikhianati!! Ini pun ada lagi yang nak bersama PKR, DAP dan Amanah!!!

Kami desak Anwar Ibrahim, Saifuddin Nasution, Khalid Samad, Chin Tong, Gobind, Mat Sabu, Lim Guan Eng MOHON MAAF CARA TERBUKA kerana telah menjadi punca dan penyebab kenapa kerajaan Pakatan Harapan tumbang! Sebabkan kerakusan gila kuasa dan ketamakan, mereka mensia-siakan 22 bulan mendesak Tun M untuk letak jawatan sebagai PM!!Desak mereka mohon maaf segera!!!

AUDIO VIRAL

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Terima Kasih!Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

SUMBER Astro awani  

Sumber Fb saya sokong tun mahathir

Be the first to comment on "(AUDIO)Pendedahan Eksklusif mesyuarat majlis presiden pada 21 Feb 2010 lalu viral"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*