“Aku Pen4tlah Es0k Aku Nak Tidvr“ Bangun Sahur Awal, Selera Lain Macam… Rider ‘Tutvp Mata’ Selamanya Selepas Beli Baju Raya 4 Adik

SEJAK kebelakangan ini, ramai rider penghantar makanan berdepan terbabit kem4langan ketika sedang bertugas sehingga ada yang menemui aj4l.

Tragedi hitam itu turut menimpa Mohd Adlb Andy Mohd Ali yang menlnggal dunia selepas berlaku perl4nggaran dengan sebuah lori dekat Dengkil, Sepang pada petang Sabtu lalu.

Mohd Adib Andy yang baru saja berkhidmat sebagai rider penghantar makanan kira-kira tiga minggu lalu menlnggal dunia di lokasi kejadian akibat keced3raan parah di kep4la dan beberapa bahagian tubuhnya.

Kisah pemergian pemuda berusia 21 tahun itu turut dikongsi ibu saudaranya, Siti Mariam Asri di Facebook sehingga menjadi tular.

Menurut Siti Mariam atau lebih mesra disapa Maksu Mariam oleh anak buahnya, pemergian Mohd Adib benar-benar memberi kesan kepada keluarga mereka terutama ibunya, Sadiah Abu Bakar.

Adib maut serta-merta di lokasi kejadian.

“Memang satu famili terkesan sebab tahun lepas kami turut kehilangan anak buah perempuan saya. Tahun sebelum tu pula abang saya yang menlnggal.

“Kiranya dah empat tahun berturut-turut kami terima berita kematian pada bulan Ramadan. Itu yang buat kami semua terkejut.

“Tapi paling terkesan ibu Adib. Lagipun mereka berkongsi tarikh lahir yang sama dan baru je sambut bersama pada 25 April lalu,” katanya.

Jelas wanita berusia 33 tahun itu, Adib merupakan seorang anak yang pendiam dan pemalu tetapi merupakan tulang belakang keluarga mereka.

“Dia antara anak buah saya yang paling pendiam dan pemalu, tak bercakap sangat. Tapi dia anak yang bertanggungjawab kepada keluarga dia.

“Dia dari habis sekolah dulu memang selalu buat kerja part time sebab dia tahu ayah dia struggle cari duit untuk keluarga. Apa-apa kerja pun dia tak kisah.

Adib (dua kiri) dan keluarga besarnya.

“Walaupun usia dia masih muda, kerja sekuriti pun dia tak kisah. Dia dah jadikan kerja tu sebagai satu tanggungjawab sebab dia nak tolong keluarga,” katanya.

Maksu Mariam berkata Adib yang juga anak ketiga daripada tujuh beradik itu sempat membeli baju raya kepada adik-beradik sebelum terlibat kemalangan.

“Tapi tiga hari sebelum tu dia bangun sahur awal. Bila ayah dia kejut pukul 4.30 pagi dia terus bangun, makan pun berselera dan sembang-sembang dengan keluarga.”

SITI MARIAM ASRI

Ibu saudara

“Setiap tahun memang dia akan belikan baju raya untuk famili. Itu yang dia buat kerja partime FoodPanda sejak tiga minggu lalu.

“Dia dah pun belikan baju untuk adik-beradik dia cuma baju untuk ibu dia je belum pilih lagi. Baju dia pula, dia suruh adik bawah dia yang belikan.

“Adik dia (Airil) dah belikan untuk Adib tapi malangnya dia tak sempat pakai untuk raya kali ini,” katanya.

Adib sering bekerja sambilan sejak habis sekolah untuk membantu keluarganya.

Dalam pada itu, Maksu Mariam turut menceritakan kelakuan pelik anak buahnya itu beberapa hari sebelum itu.

“Abang saya (ayah Adib) cerita, biasanya Adib balik kerja jam 2 pagi. Bila bangun sahur dialah orang paling last bangun.

“Tapi tiga hari sebelum tu dia bangun sahur awal. Bila ayah dia kejut pukul 4.30 pagi dia terus bangun, makan pun berselera dan sembang-sembang dengan keluarga.

“Kawan-kawan FoodPanda dia pun ada cerita Adib ada cakap ‘aku penatlah esok aku nak tidur’. Dia kata macam tu sehari sebelum hari kejadian,” katanya.

Bagaimanapun, Maksu Mariam turut meluahkan rasa syukur kerana urusan pengebumian Abib dipermudahkan.

Jenazah Adib selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Presint 20, Putrajaya pada Isnin petang.

“Alhamdulillah pengebumian Adib pada petang Isnin dipermudahkan. Tak sangka ramai kawan dia datang sebab nak tengok jenazah buat kali terakhir.

“Famili dia pun terkejut tak sangka Adib ni ramai kawan. Ramai kawan beritahu dia jenis suka tolong kawan, baik dan tak suka cari fasal dengan orang lain,” katanya.

Jenazah Adib selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Presint 20 Putrajaya kira-kira pukul 4 petang Isnin.

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

SUMBER

Be the first to comment on "“Aku Pen4tlah Es0k Aku Nak Tidvr“ Bangun Sahur Awal, Selera Lain Macam… Rider ‘Tutvp Mata’ Selamanya Selepas Beli Baju Raya 4 Adik"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*