“Ker4p Dilihat Menaiki Kend3raan M3wah Yang Berbeza.” Ini S3narai Harga Dan Jenis Kenderaan Yang Dimiliki Syahmi Sazli.

Siapa sahaja yang tidak mengenali Youtuber terkenal yang berasal dari Kelantan, Syahmi Sazli yang saban hari namanya semakin dikenali dan melonjak naik.

Video-video drama pendek yang dimuat naik di saluran Youtube miliknya mendapat perhatian oleh rakyat Malaysia kerana terhibur dengan gelagat bintang utama Yoe dan Asif. Kebanyakan video juga adalah lakonan spontan mereka.

Saluran itu kini mempunyai 2.25 juta pengikut dan dan mencatatkan jutaan jumlah tontonan untuk setiap video.

Syahmi juga dikhabarkan memperoleh pendapatan hasil karyanya di Youtube yang dianggarkan puluhan bahkan ratusan ribu ringgit sebulan. Dengan pendapatan tersebut, Syahmi juga dikatakan mampu memiliki beberapa buah kenderaan untuk kegunaan hariannya dan dalam proses pembuatan video.

Disini, kami akan senaraikan beberpa buah kenderaan milik Syahmi Sazli.

1/ Toyota Alphard

Syahmi dilihat memandu sebuah Toyota Alphard pada awal tahun 2019. Kini, MPV mewah ini berharga sekitar RM300,000 keatas.

2. Ford Ranger

Dalam kerjayanya, kelibat jentera ini sering dilihat dan ia sering digunakan dalam proses pembuatan video pendek. Anggaran harga untuk jentera ini ialah RM80,000.

3. Honda Jazz

Honda Jazz telah diguna oleh Syahmi sejak zaman cintanya dengan isteri, Anissa Faizul. Jentera ini juga banyak digunakan dalam drama pendek.

Baru-baru ini Syahmi telah menukar warna jentera ini kepada warna kuning dengan menggunakan kaedah “wrap“. Anggaran harga untuk jentera ini pada masa ini ialah RM40,000.

4. Toyota Yaris

Syahmi Sazali jarang dilihat memandu kereta ini, namun berdasarkan akaun Instagram isterinya iaitu Anissa Faizul, terdapat gambar yang memaparkan Anissa bergambar dengan kereta tersebut.

Tidak dapat dipastikan kereta ini milik Syahmi atau tidak kerana tiada gambar atau video yang menunjukkan Syahmi atau Anissa memandu kereta tersebut.

5. Perodua Alza

Syahmi Sazli menggunakan kereta ini pada sekitar tahun 2018 untuk sesi photo shoot dan urusan penggambaran video. Kini MPV ini dianggarkan bernilai sekitar RM40,000.

6. Ford Mustang

Hasil berkarya di Youtube selama beberapa tahun, Syahmi kini dilihat memandu dan bergambar bersama sebuah Ford Mustang. Jentera keluaran syarikat pengeluar kenderaan dari Amerika Syarikat tersebut dianggarkan berharga sekitar RM250,000.

7. Yamaha NVX

Selain kereta, Syahmi Sazli juga memiliki motosikal keluaran dari syarikat Yamaha iaitu NVX. Motosikal ini merupakan kenderaan yang digunakan untuk kegunaan harian Syahmi. Anggaran harga untuk motosikal ini ialah RM12,000.

Sumber: Instagram Syahmi Sazli, Anissa Faizul

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

SUMBER

Be the first to comment on "“Ker4p Dilihat Menaiki Kend3raan M3wah Yang Berbeza.” Ini S3narai Harga Dan Jenis Kenderaan Yang Dimiliki Syahmi Sazli."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*