Bek@s Pengurus Dis@ngka Nalf Dan Baik Hatl Berjaya Tlpu Lisa Blackpink RM3.5 Jut@

PIHAK pengurusan kumpulan Blackpink iaitu YG Entertainment mengesahkan artis naungan mereka iaitu Lisa menjadi mangsa penipuan bekas pengurus.

Menurut laporan Koreaboo, Lisa mengalami kerugian sebanyak RM3.5 juta dan memaklumkan ingin menyelesaikan isu tersebut secara peribadi.

“Kami sahkan Lisa jadi mangsa penipuan pengurus dan dia ingin menyelesaikan hal ini secara peribadi,” kata YG Entertainment menerusi satu kenyataan.

Dalam keterangan itu, Lisa memilih untuk menyelesaikan kes secara peribadi kerana bekas pengurus berkenaan merupakan individu yang pernah dipercayai sebelum ini.

Malah, pengurus berkenaan telah memulangkan sejumlah wang yang diambil dan berjanji menyerahkan keseluruhan wang tersebut.

Sementara itu, sumber terdekat mendedahkan bekas pengurus itu sudah lama berkhidmat dengan penyanyi berasal dari Thailand itu.

“Mereka dah bersama sejak awal kemunculan Blackpink dan sering mengiringi Lisa ke mana sahaja.

“Orangnya baik dan mudah berurusan… sangat baik hati dan agak naif dan dipercayai oleh semua ahli Blackpink,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : mstar

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Bek@s Pengurus Dis@ngka Nalf Dan Baik Hatl Berjaya Tlpu Lisa Blackpink RM3.5 Jut@"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*