Pernah Bergel@r Ratu Cantik Malaysia 1992, Ini Pandangan Erra Fazira Berkenaan Isv Samantha

Erra Fazira memberikan pandangan melibatkan isu kenyataan yang didakwa berunsur racist dari Miss Universe Malaysia 2017, Samantha Katie James berkenaan orang kulit gelap yang diperkatakan ramai baru-baru ini.

Terdahulu, Erra yang juga bekas ratu, merupakan Ratu Cantik Malaysia/World 1992 dan mewakili negara ke pertandingan Miss World 1992 di Afrika Selatan.

Menerusi Gempak, bintang Hingga Hujung Nyawa Itu menyatakan kemelut yang menimpa Samantha ini boleh menjadi pengajaran kepada semua orang.

“Saya percaya dia tahu dan sedar akan tanggungjawab yang dipikul setelah memilih untuk menjadi duta kecil negara di mata dunia. 

“Ini satu pengajaran yang sangat besar bagi individu tersebut dan juga kepada bakal-bakal duta kecil yang akan datang,” katanya seperti yang dipetik.

Erra pada masa sama turut menitip pesan, seorang ratu cantik seharusnya menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin.

“Jika berminat dan diri sendiri memilih untuk menjadi Miss Universe Malaysia ada tanggungjawab besar, garis dan perlakuan yang harus kita laksanakan,” jelasnya lagi.

Terdahulu, Samantha ada berkongsi pendapatnya perihal isu perbezaan warna kulit serta rusuhan kaum yang sedang melanda Amerika Syarikat (AS).

Ia sekaligus mencetuskan sensasi lalu menerima reaksi pelbagai di kalangan pengguna media sosial, hingga jelitawan berkenaan membuat penjelasan menerusi laman IG miliknya.

Difahamkan juga, berikutan hal yang berlaku, Instagram turut mengambil tindakan dengan membuang ‘verified badge’ di akaun miliknya yang kini mempunyai lebih 170,000 pengikut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber: Gempak

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Pernah Bergel@r Ratu Cantik Malaysia 1992, Ini Pandangan Erra Fazira Berkenaan Isv Samantha"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*