“Berlak0n Bersama Saya Tak Klsah…” Mimi Lana Tak Mahu Bermsvhan Dengan Syafiq Kyle

Pelakon Mimi Lana mengambil positif tentang perpisahannya dengan aktor Syafiq Kyle dan tidak menolak sekiranya digandingkan bersama dalam mana-mana drama atau filem selepas ini.

Katanya kepada Gempak, dia profesional dan tidak mempunyai sebab untuk bermasam muka atau bermusuhan dengan bekas kekasihnya itu.

“Saya dan Syafiq tidak bermusuhan…Kalau selepas ini berjumpa di majlis-majlis hiburan kat luar sana pun tak ada masalah, kita profesional.

“Saya juga tidak menolak sekiranya selepas ini digandingkan dengan Syafiq dalam projek drama, filem atau projek-projek lain.

“Bagi saya, masing-masing sudah cukup matang untuk membezakan soal peribadi dan kerja,” katanya.

Tambahnya lagi, punca perpisahan mereka tiada kaitan dengan soal populariti atau gangguan orang ketiga.

“Memang betul saya yang putuskan hubungan kami walaupun sedih untuk melakukan demikian. Bohong kalau tidak rasa apa-apa selepas lima tahun menjalin cinta.

“Banyak kenangan kami, suka dan duka dilalui bersama…Tetapi nak buat macam mana tak ada jodoh dan hidup mesti diteruskan.

“Sekarang ni dah solo, saya nak fokus pada kerjaya dan keluarga saya dulu. Lebih senang saya nak rancang kerjaya seni saya lepas ni,” katanya.

Hubungan cinta Mimi dan Syafiq Kyle berakhir pada bulan lalu selepas tiada lagi persefahaman dalam hubungan tersebut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : gempak

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Berlak0n Bersama Saya Tak Klsah…” Mimi Lana Tak Mahu Bermsvhan Dengan Syafiq Kyle"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*