Pendakwah bebas, Da’i Wan Dazrin menasihati golongan isteri agar terus menghargai suami masing-masing dalam menjalankan peranannya sebagai ketua keluarga.
Menurut Da’i Wan, masih ramai lagi lelaki di luar sana yang cuba menjadi suami terbaik biarpun mereka mungkin tidak mampu menjadi seromantis Ustaz Ebit Lew termasukkah dirinya.
“Memang tak semua suami mampu menjadi seperti Ustaz Ebit Lew tapi, ketahuilah masih ada suami di luar sana yang telah cuba sebaiknya menjadi suami yang terbaik untuk keluarganya.
“Maka hargailah suami masing-masing walaupun dia bukan sepenyayang dan seromantis Ustaz Ebit Lew yang kita kasihi,” katanya dalam satu hantaran di Instagram.
Sebelum ini, Ebit Lew banyak berkongsi momen romantis di Instagram melayan isterinya bagaikan seorang bidadari.
Tindakannya itu mendapat perhatian netizen yang kagum dengan cara Ebit Lew menghargai pengorbanan jasa wanita yang merupakan ibu kepada anak-anaknya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini
Sumber : gempak
PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Be the first to commenton "“Harga!lah Suami Maslng-Maslng Walaupun Dia Bukan…” Da’i Wan Dazrin Akui Tak Semua Mampv Jadi Seperti Ustaz Ebit Lew"
Be the first to comment on "“Harga!lah Suami Maslng-Maslng Walaupun Dia Bukan…” Da’i Wan Dazrin Akui Tak Semua Mampv Jadi Seperti Ustaz Ebit Lew"