Park Seo Joon Akt0r Korea Selatan Pertama Miliki 1 Juta Pelanggan Y0uTube Dalam Temp0h 11 Bulan

PELAKON Park Seo Joon menjadi pelakon Korea Selatan pertama memiliki pengikut teramai di laman YouTube.

Menurut laporan Soompi, Park memaklumkan mengenai perkara itu dengan menunjukkan Gold Play Button Award yang diberikan YouTube bermaksud salurannya memiliki lebih sejuta pengikut.

Menerusi siaran langsung di saluran Record PARK’s, pelakon drama Itaewon Class itu turut mengucapkan terima kasih kepada pekerjanya yang membantu sepanjang proses penghasilan kandungan video di laman tersebut.

“Staf yang bekerja siang dan malam menyiapkan video saya.

“Saya mungkin tak buat banyak tapi saya rasa perlu berterima kasih kepada semua orang yang menunjukkan minat dengan apa yang saya lakukan dalam kehidupan harian saya ini,” katanya.

Park Seo Joon membuka saluran YouTube berkenaan pada Julai 2019, ini bermakna dia mencapai angka sejuta subscriber dalam masa 11 bulan sahaja.

Dalam perkembangan lain, Park Seo Joon kini bakal muncul dalam filem Dream bersama IU dan Lee Hyun Woo.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : mstar

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Park Seo Joon Akt0r Korea Selatan Pertama Miliki 1 Juta Pelanggan Y0uTube Dalam Temp0h 11 Bulan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*