“Aku Rindv Kau Doh, Allahvakhbar..”3 Bulan Tak Jumpa, Syahdv 2 Sahabat Bertemv

Sepanjang PKP berlangsung beberapa bulan ini, kita menyaksikan sendiri detik sedih tatkala ramai pihak terpisah dengan orang kesayangan mereka. Bukan semata-mata sesama ahli keluarga sahaja, malahan sudah lama tidak bertemu dengan sahabat baik juga mengundang rasa rindu di hati. Lebih-lebih lagi rakan yang sudah dianggap seperti saudara sendiri. Maka, video pertemuan dua sahabat ini mungkin sesuai menggambarkan kerinduan tersebut.

Akhirnya cukup korum

Melalui Instagram Harris Annuar sejak sehari lalu, difahamkan dia dan Safwan Nazri sudah berbulan-bulan tidak bersua muka. Apabila Safwan dan pulang kembali, Harris telah menyorok di belakang pintu sebelum berlaku perkara melucukan. Lelaki berseluar pendek itu benar-benar terkejut beruk sebelum sempat membuat muka serius kerana terkejut. Tidak ketinggalan, dia juga agak teruja kerana rakannya yang dahulu botak kini sudah mempunyai rambut.

Wei botak dah ada rambut

Klimaks video ini dirasakan apabila mereka berdua mendakap sesama sendiri seolah-olah melepaskan segala kerinduan yang sudah lama tersimpan rapi. Seperti video lain yang selalu dimuat naik, mereka sekali lagi meraih perhatian netizen sehingga rakaman berkenaan mencecah setengah juta tontonan.

Best friend forever weyh

Dengan lagu latar yang boleh tahan sedih, netizen begitu terkesan dengan pertemuan mereka berdua. Malahan, ada yang menyifatkan detik berkenaan sebagai friendship goals.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:Instagram Harris Annuar/Kisa Dunia

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Aku Rindv Kau Doh, Allahvakhbar..”3 Bulan Tak Jumpa, Syahdv 2 Sahabat Bertemv"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*