“Bakal Bergelar Datin, Atikah Menanti Hari Bahagia.” Rupanya Kekasih Dia Bukan Biasa-Biasa

Pelakon kelahiran Singapura, Atikah Suhaime, 29, dan kekasihnya, Datuk Lokman Teh, 31, hanya hanya boleh memikirkan fasa seterusnya apabila pandemik COVID-19 berakhir.

Ini berikutan mereka kini berjauhan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Atikah berada di negara kelahirannya, Singapura, manakala Lokman di Kuala Lumpur.

” Hubungan jarak jauh menyebabkan tiada apa yang boleh dirancang buat masa ini, apatah lagi larangan merentas negara masih dikuat kuasa.

” Saya berharap COVID-19 segera berakhir. Selagi belum selesai, selagi itulah segala perancangan ke fasa seterusnya tidak boleh terlaksana.

” Apakan daya, kami juga terpaksa berpisah jauh buat seketika,” katanya kepada BH Online.

Diakui, hubungan terjalin selepas empat bulan impian Atikah melangkah ke jenjang pelamin bersama penyanyi, Awi Rafael tidak kesampaian.

” Saya dan kekasih diperkenalkan oleh rakan-rakan. Kebetulan rakan saya juga berkawan dengan Lokman.

” Awalnya, sekadar teman biasa, tetapi lama kelamaan kami gembira bersama,” katanya yang membuat pendedahan hubungan cinta dengan Lokman pada Julai, tahun lalu.

Atikah atau nama sebenarnya, Nur Atikah Mohd Suhaime berkurung di Singapura selama beberapa bulan hanya menunggu lampu hijau kerajaan Malaysia memberi keizinan kepada warga asing masuk.

” Saya sudah lama berehat, hampir tiga bulan. Perasaan rindu kembali bekerja membuak-buak, apatah lagi saya masih mempunyai baki 10 episod untuk drama Dendam Cinta Arissa terbitan Radius One Sdn Bhd.

” Saya sudah berbincang dengan keluarga keputusan pulang ke Kuala Lumpur. Keluarga bimbang sekiranya saya tak dapat pulang dalam tempoh lama berikutan tanggungjawab pada tugas.

” Kini, saya sedang menantikan maklumat mengenai kemasukan ke Malaysia. Setakat ini, belum ada lagi keputusan.

” Saya dan pelakon, Hisyam Hamid berbincang mengenai hal ini berikutan kami digandingkan menerusi drama arahan Shahrulezad Mohameddin,” katanya.

Pelakon filem Lagenda Budak Hostel dan Volkswagen Kuning itu berkata, syarikat produksi ada memaklumkan melakukan penggambaran secara berasingan. Mereka akan menyiapkan penggambaran watak lain terlebih dahulu.

” Selepas mendapat keizinan masuk semula ke Malaysia, barulah mereka akan menyelesaikan bahagian saya dan Hisyam,” kata Atikah.

Siapa Datuk Lokman Teh

Difahamkan kekasih Atikah itu merupakan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk. Lokman juga merupakan pewaris produk penjagaan badan popular muslim yang sangat popular satu ketika dahulu.

Selain itu, berdasarkan carian juga, Datuk Lokman sendiri terlibat dalam aktiviti perniagaan jual beli kenderaan.

Malah beliau sendiri memiliki beberapa koleksi kereta mewah seperti Lamborghini, Bentley, Hammer dan Roll Royce.

Pada tahun 2016, nama Lokman pernah muncul dalam akhbar di mana beliau mengalami kerugian sebanyak RM2.4 juta akibat ditipu dalam urusan jual beli kenderaan mewah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : limauais

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Bakal Bergelar Datin, Atikah Menanti Hari Bahagia.” Rupanya Kekasih Dia Bukan Biasa-Biasa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*