Berapa Gaji P. Ramlee Masa Jadi Pengarah Dan Pelakon?

29 Mei 2020 genaplah 47 tahun Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P.Ramlee meningg4l dunia. Namun P.Ramlee masih segar dalam ingatan para peminat filem, muzik dan lagu Melayu klasik. Ini kerana kerja-kerja seni yang ditinggalkannya bersifat “evergreen” dan sentiasa releven dengan perkembangan masa.

Bagi mengenang pemergian P.Ramlee, sudi saya berkongsi sedikit mengenai gaji dan pembayaran untuk P.Ramlee dari mula pembabitannya sebagai pelakon sehingga menjadi pengarah filem yang ulung. Pada masa yang sama, ia dapat juga menangkis tohmahan tohmahan bahawa P.Ramlee hidup susah di akhir hayatnya.P.Ramlee mula bekerja di studio Malay Film Production pada pertengahan tahun 1948.

Tugasnya sebagai penyanyi tambahan dan pembantu kerja-kerja penggambaran seperti menolak “dolly”, menjaga “clapstick” di samping meminjamkan suaranya kepada pelakon utama pada ketika itu. Pada ketika itu, P.Ramlee menerima gaji sebanyak 70 Ringgit sebulan.

Apabila beliau diambil sebagai hero, gaji yang diterima oleh P.Ramlee pada melalui filem Bakti yang diarahkan oleh L.Krishnan dinaikkan kepada 200 ringgit sebulan. Di samping itu P.Ramlee menerima bayaran tambahan tidak melebihi 100 ringgit apabila membuat kerja-kerja sampingan yang tidak melibatkan lakonan. Selepas berlakon di dalam filem Juwita pada tahun 1951, gajinya meningkat kepada 250 ringgit sebulan. Sementara itu ditambah lagi dengan 100 ringgit sebagai imbuhan untuk kerja-kerja tambahan apabila beliau mencipta lagu-lagu dan juga nyanyian.

 

Selepas berlakon di dalam filem Hujan Panas pada tahun 1953 gaji P.Ramlee dinaikkan kepada 400 ringgit sebulan. Bayaran tambahan terus diterimanya tanpa sangsi pada setiap bulan dari hasil lagu-lagu ciptaan beliau. Apabila P.Ramlee dilantik menjadi pengarah pada tahun 1955, gaji beliau tidak berganjak tetap menerima bayaran sebanyak 400 ringgit sebulan. Tetapi ada bayaran bonus sebanyak 1000 ringgit diberikan kepadanya selepas selesai mengarah sesebuah filem.

Satu perundingan baru telah diadakan dengan pihak majikan setelah kontrak selama 3 tahun P.Ramlee tamat sejurus selesai mengarah filem Pancha Delima. Rundingan itu adalah berkaitan untuk menyambung kontrak baharu P.Ramlee dengan pihak majikannya. Rundingan itu diwakili oleh wakil khas P.Ramlee, Musalmah yang juga seorang pelakon di MFP.

Hasil dari rundingan itu P.Ramlee tidak lagi mengikat kontrak selama 3 tahun seperti sebelumnya tetapi ikatan kontrak untuk sesebuah filem sahaja. Dengan termetrainya perjanjian baru itu P.Ramlee menerima bayaran sebanyak 30,000 ringgit untuk kerja-kerja membuat satu filem. Kerja-kerja itu meliputi penulisan skrip, mencipta lagu, berlakon dan juga mengarah.

Kontrak khas hanya untuk P.Ramlee ini mengandungi syarat-syarat tertentu. Satu daripadanya P.Ramlee mesti menyiapkan sesebuah filem dalam tempoh tidak lebih 60 hari. Jika lebih dari jangka masa yang ditetapkan maka bayarannya akan ditolak sebanyak 1000 ringgit sehari.

Bayaran sebanyak 30,000 ringgit dengan syarat yang ketat itu hanya diterima oleh P.Ramlee bermula daripada mengarah filem Bujang Lapok sehinggalah filem terakhir arahannya di Singapura iaitu Tiga Abdul. Di Kuala Lumpur juga P.Ramlee menerima bayaran yang sama dari mengarah filem Sitora Harimau Jadian sehingga filem terakhir dalam kerjaya seninya Laxmana Do Re Mi.

Jika gaji P.Ramlee ketika mengarah filem terakhirnya Laxmana Do Re Mi juga sebanyak 30,000 ringgit, bagaimana dengan kenyataan sesetengah pihak mengatakan P.Ramlee hidup susah ketika akhir hayatnya?

RUJUKAN:

Hidir Ali Razali

Gagak Di-Rimba – Abdullah Hussain

Bulanan Gelanggang Film

P.Ramlee Dari Kacamata Aimi Jarr

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:https://www.thepatriots.asia/

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Berapa Gaji P. Ramlee Masa Jadi Pengarah Dan Pelakon?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*