Miliki 13.7 Juta Subscribers, Baim Wong Syukur Tersenarai Antara 100 YouTuber Terbaik Indonesia

PELAKON Baim Wong meluahkan rasa syukur kepada Allah kerana diberi kesempatan dan peluang untuk dia sekeluarga mencari rezeki dalam bidang lain iaitu menjadi seorang YouTuber.

Memetik laporan Liputan6, Baim memberitahu dia juga tidak pernah menjangkakan akan menjadi salah seorang daripada 100 YouTuber terbaik.

“Selepas saluran YouTube saya berjaya mencecah satu juta subscribers, saya memang bersyukur sangat kerana Allah memberi peluang kepada saya untuk mencari rezeki dalam bidang yang berbeza.

“Apabila disenaraikan dalam kategori 100 YouTuber terbaik, saya jadi keliru tetapi tetap bersyukur atas rezeki ini. Ketika itu, saya benar-benar menyedari bahawa Allah itu Maha Baik,” katanya.

Saluran YouTube Baim Paula kini mempunyai lebih 13,7 juta subscribers dan 682 video yang telah dikongsikan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : mstar

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Miliki 13.7 Juta Subscribers, Baim Wong Syukur Tersenarai Antara 100 YouTuber Terbaik Indonesia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*