“Saya Buat Kerana Allah” Mula Bertudung 11 Syawal, Kilafairy M0hon D0a Agar Istiqam4h

Berkat doa keluarga dan peminat, pelakon Kilafairy akhirnya mengambil keputusan untuk istiqamah berhijab sejak empat hari lalu.

Kata Kilafairy, 28, keputusannya itu tidak dipengaruhi oleh sesiapa dan dirasakan sudah tiba masanya untuk menutup aurat lebih sempurna.

“Bagi saya bertudung itu memang wajib, tunggu masa sahaja dan sekarang hati saya sudah terbuka.

“Memang sudah lama saya nak pakai, sejak dari tahun lepas lagi. Tetapi saya perlahan-lahan memperbaiki cara pemakaian terlebih dahulu.

“Teruskan doa hari demi hari dan sekarang Alhamdulillah sampai masanya terbuka hati,” katanya kepada Gempak.

Tentang proses hijrahnya kata pelakon itu lagi, dia memilih untuk tidak berkongsi lebih lanjut kepada khalayak.

“Biarlah selebihnya itu hanya saya yang tahu. Saya buat kerana Allah,” tambahnya.

Kilafairy bersyukur kerana urusannya turut diiringi doa kedua ibu bapanya.

“Mereka tersangatlah gembira apabila dapat tahu saya bertudung dan selama ini pun mereka tak pernah paksa saya.

“Mungkin sebab itu juga hati saya lembut,” katanya lagi.

Terdahulu, pengacara popular Neelofa berkongsi sepotong video memaparkan imej baharu Kilafairy serta mengumumkan pelakon itu kini telah berhijab.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : gempak

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Saya Buat Kerana Allah” Mula Bertudung 11 Syawal, Kilafairy M0hon D0a Agar Istiqam4h"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*