Song Ji Hyo H!lang 7 kg Ber4t B@dan Deml Watak Dalam Filem ‘Intruder’

PELAKON Song Ji Hyo mendedahkan dia berjaya mengurangkan berat badan sebanyak tujuh kilogram sepanjang proses penggambaran filem Intruder.

Menurut laporan Koreaboo, Song Ji Hyo memberitahu pengarah mahu dia membawakan watak seorang wanita yang kurus dan perlu menjalani diet khas bagi mendapatkan bentuk tubuh sedemikian.

“Sebelum mula penggambaran, pengarah minta saya mulakan diet. Sebenarnya tiada masalah untuk berdiet sebelum shooting kerana kita ada masa tapi susah nak kekalkan berat itu sepanjang tempoh penggambaran.

“Mulanya berat badan turun lima kilogram, kemudian dua kilogram. Setelah menjalani diet tersebut, keadaan kesihatan sedikit merosot kerana terlalu membuatkan berat badan turun lebih cepat,” katanya.

Sementara itu, Song Ji Hyo berkata dia perlu menjalani rutin senaman termasuklah menjaga pemakanan setiap hari.

“Seiring usia, berat badan agak susah nak turun, jadi memang kena kawal diet makan dan berlari sejauh 10 kilometer setiap hari.

“Itu antara cabaran nak kuruskan badan… tapi sekarang selepas selesai penggambaran, berat badan saya naik semula!,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : mstar

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Song Ji Hyo H!lang 7 kg Ber4t B@dan Deml Watak Dalam Filem ‘Intruder’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*