“Syuk0r Diberi Pelvang Selepas 12 Tahun Menyepii,” Naqiu Kembali Dengan Siinar Kedua

Penyanyi Naqiu kembali dengan single terbaharu berjudul Sinar Kedua sebegai tanda titik permulaan karier solonya.

Berbekalkan bakat yang versatil, Naqiu bersinar kembali sebagai penyanyi dan komposer.

Tidak dinafikan, kemunculan Naqiu dirindui oleh peminat, apatah lagi Naqiu dan kumpulan remajanya, Boboy pernah menjadi fenomena pada era 2000an.

Bagaimanapun bekas vokalis kumpulan Boboy ini pernah mengambil keputusan untuk menyepi selama 12 tahun demi memberi tumpuan sepenuhnya kepada keluarga yang sedang dibina.

Bahkan Naqiu juga pernah menjadi penyanyi kelab selama tempoh mendiamkan diri dari industri seni tanah air.

Kemunculan semula Naqiu atau nama sebenarnya Wan Naqiuddin bin Mohd Najib sebagai pesaing sengit bagi sebuah program televisyen, Gegar Vaganza menjadi fenomena yang akhirnya menobatkan Naqiu sebagai Juara Gegar Vaganza musim ke-6.

Kini, penyanyi yang popular dengan lagu Episod Cinta itu bernaung di bawah syarikat pengurusan MindOrder Sdn Bhd sejak tahun 2019.

Sinar Kedua adalah taruhan terbaharu Naqiiu yang telah pun dilancarkan pada 23 Mac 2020 di laman Youtube dan telah memperoleh hampir 353,000 tontonan selepas satu minggu dikongsikan di akaun Youtube MVM Production.

Lagu Sinar Kedua yang diterbitkan oleh MindOrder Sdn Bhd ini merupakan karya sepenuhnya oleh Naqiu.

Muzik video Sinar Kedua yang merupakan arahan Murshid Eunos dan produksinya Neon Pixel ini masih berada di carta video trending di Youtube sehingga kini.

Lagu Sinar Kedua ini mengisahkan tentang luahan Naqiu yang menghargai dan mensyukuri peluang kedua dikurniakan oleh Tuhan kepadanya selepas 12 tahun menyepi daripada dunia seni nyanyian.

Segala-galanya bermula selepas bintang dari Johor ini menyertai pengurusan MindOrder Sdn Bhd dan Gegar Vaganza 6 yang lalu.

Pada permulaan muzik video Sinar Kedua ini terdapat bait kata “Untuk Mama…” yang memberikan mesej bahawa karya Sinar Kedua ini ditujukan khas buat ibunda tercinta.

Sinar Kedua boleh didengari melalui penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Deezer, KKBox dan Joox.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : gempak

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Syuk0r Diberi Pelvang Selepas 12 Tahun Menyepii,” Naqiu Kembali Dengan Siinar Kedua"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*