Menang Pelak0n Pembantu Filem Lelaki Terbaik, Ayat Pertama Lee Kwang Soo “K0rang Mesti Terkejvtkan”

Pelakon dan anggota Running Man Lee Kwang Soo merangkul anugerah Pelakon Pembantu Filem Lelaki Terbaik di Anugerah Baeksang Art Award 2020 yang berlangsung baru-baru ini.

Menurut Kwang Soo dia juga tidak menjangkakan kemenangan tersebut.

Paling lucu apabila ayat pertama keluar daripada mulutnya itu menyebabkan tetamu yang hadir turut ketawa dengan gelagatnya.

“Sejujurnya saya tidak menjangkakan akan memenangi anugerah ini… Kamu semua terkejutkan?” katanya.

Dalam pada itu, Kwang Soo juga kelihatan sedikit sebak sewaktu menyampaikan ucapan terima kasih dimajlis anugerah berprestij itu.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberikan anugerah ini kepada seseorang yang masih mempunyai kekurangan seperti saya.

“Saya rasa sangat berbesar hati kerana tercalon dalam kategori ini bersama pelakon-pelakon hebat lain.

“Saya berterima kasih dan bersyukur dengan anugerah ini dan dalam masa yang sama saya juga ingin memohon maaf.

“Sekali lagi terima kasih, saya akan memperbaiki kekurangan dan teruskan membuat anda ketawa. Saya harap karya lakonan saya selepas ini mampu membuatkan anda tersentuh, saya berjanji,” katanya sewaktu memberikan ucapan.

Kwang Soo dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori itu menerusi filem Inseparable Bros di mana dia membawakan watak Dong Gu iaitu lelaki kelainan upaya yang mempunyai pemikiran seperti kanak-kanak berusia 5 tahun.

Selain Kwang Soo, pelakon drama popular The World Of The Married, Kim Hee Ae merangkul trofi Pelakon Wanita Terbaik.

 

View this post on Instagram

 

[⚠️WATCH-FULL ENG SUB🔥] #LeeKwangSoo ‘s speech to win🏆Best Supporting Actor🏆 56th #BaekSangArtsAwards 2020😭🎉 FYI, #BaekSangArtsAwards is like #Oscar or #GoldenGlobeAwards Korea version👍 Thus, it’s considered as one of the highest award ceremony in Korean entertainment industry It’s so touching how he NEVER FORGET to THANK GOD as his 1st sentence through all of his acceptance speech😭👍 . It’s kinda sad when he said “Everyone is shocked someone lacking like me won right?”😭😭 He knows that some ppl are still downgrading his quality as ACTOR just bcs of his image as funny man😭 (PLEASE NOTE: I’m not talking about RM members as they were just joking in the show & in real life, they fully support KwangSoo as actor) . I can see how he feel so relieved to finally get recognition for his acting, moreover in such a big reward as BaekSang Awards🎉🎊 I also can see how proud #YooJaeSuk to his dongsaeng by his eyes . Most important⚠️⚠️, I also can see the mature #LeeKwangSoo through his last sentence that he promise to give lots of laughter & make everyone touched with his acting. Means he’s not confused anymore to choose & wants to be BOTH ENTERTAINER and ACTOR🎊🎉 Fighting @masijacoke850714 Oppa, we will always support you! . . ⚠️DO NOT REPOST without PERMISSION⚠️ Korean sub by JTBC, encoded / translated from Korean to English by @leekwangsoo_prince Please kindly respect our works. Don’t steal the translation😭 Please also help to let us know if someone steal without credit. THank you

A post shared by 이광수 LEE KWANG SOO Friendbase👑 (@leekwangsoo_prince) on


Manakala Kang Ha Neul pula membawa pulang trofi Pelakon Drama Lelaki Terbaik.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : gempak

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Menang Pelak0n Pembantu Filem Lelaki Terbaik, Ayat Pertama Lee Kwang Soo “K0rang Mesti Terkejvtkan”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*