“Tak Percaya Adik Perempuan Saya Dah Dewasa” Elisya Sandha Samb0t Ulang Tahun Ke-21, Fasha Sandha Titip Ucapan Istimewa

HUBUNGAN pelakon Fasha Sandha dengan adiknya yang juga aktres Elisya Sandha sememangnya sangat rapat dan sentiasa menyokong satu sama lain dalam industri seni.

Sempena ulang tahun kelahiran Elisya atau nama sebenarnya Nur Elisya Hassan pada Isnin, Fasha berkongsi ucapan istimewa untuk adiknya yang kini sudah mencecah 21 tahun.

Menurut Fasha, biarpun Elisha kadang-kala seorang yang degil dan suka memberontak seperti kanak-kanak namun dia tetap menyayangi adiknya.

 

View this post on Instagram

 

Happy birthday to my youngest sister Elisya. You were born On 8th June 1999 , Angah was the one who named you Nur Elisya. Nur adalah Cahaya…. Elisya means Nobility, a person having a high level of character and morals. Ohmy… After the 20th birthday, ones is no longer a teenager 🤪Can’t believe my little sister dah jadi dewasa😇 You’re 21 Years old today…wow, 21 years on 2020. What a lucky number. Happy birthday sayang Angah, Eventhough there are times you were very stubborn, tantrum macam budak kecik,tak dengar nasihat angah, suka membazir beli fries tapi tak habis, Angah tetap sayang semua, and hari2 tengok gambar semua adik beradik sebab semua gambar ada di cermin bilik angah.. 😇❤️ Happy birthday Elisya… Jadilah anak yang baik kepada Mama and Dad, yang mendengar kata dan mempunyai akhlak yang baik… Jadilah insan yang mempunyai hati yang baik, secantik rupa parasmu…. May you achieve everything you desire in life. I wish you a very sweet and happy birthday. May you have an awesome life ahead. Enjoy your day! @elisyasandhaofficial

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Fasha memuat naik ucapan istimewa itu di Instagramnya.

“Selamat hari lahir adik bongsu perempuan saya, Elisya. Awak lahir pada 8 Jun 1999, angah yang beri nama awak Nur Elisya. Nur adalah cahaya, Elisha bermaksud bangsawan, seseorang yang mempunyai sifat dan akhlak yang tinggi.

“Selepas hari lahir ke-20 tahun, dia kini bukan lagi remaja. Tak percaya adik perempuan saya dah jadi dewasa. Awak sudah 21 tahun hari ini. Wow, 21 tahun pada 2020. Nombor bertuah.

“Selamat hari lahir sayang angah, walaupun ada masa awak sangat degil, memberontak macam budak kecil, tak dengar nasihat angah, suka membazir beli kentang tapi tak habis, angah tetap sayang semua,” kata Fasha.

“Jadilah insan yang mempunyai hati yang baik, secantik rupa parasmu.”

FASHA SANDHA

PELAKON

Isteri kepada pelakon Aidil Aziz ini memberi ucapan hari lahir tersebut dengan memuat naik foto bersama adiknya di laman Instagram miliknya pada Isnin.

Ruang komen di perkongsian tersebut turut dipenuhi dengan ucapan hari lahir buat Elisya dan doa agar aktres itu berbahagia bersama keluarganya.

Dalam pada itu, Fasha yang kini menantikan kelahiran cahaya mata sulungnya dengan Aidil mendoakan agar Elisya menjadi seorang anak yang baik dan segala impiannya tercapai satu hari nanti.

Elisya dan Fasha bersama ibunya.

“Hari-hari tengok gambar semua adik-beradik sebab semua gambar ada di cermin bilik angah. Selamat hari lahir Elisya. Jadilah anak yang baik kepada mama dan ayah yang mendengar kata serta mempunyai akhlak yang baik.

“Jadilah insan yang mempunyai hati yang baik, secantik rupa parasmu. Semoga awak capai segala impian dalam hidup.

“Saya doakan yang baik-baik dan selamat hari lahir. Semoga kehidupan anda bahagia dan selamat menikmati hari awak,” ujarnya.

Be the first to comment on "“Tak Percaya Adik Perempuan Saya Dah Dewasa” Elisya Sandha Samb0t Ulang Tahun Ke-21, Fasha Sandha Titip Ucapan Istimewa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*