“Kerajaan Benar S0lat Jemaah Utk Rakyat Tempatan Saja.” Sekali MAPIM Kata Tak W4jar Halang Wrga Asiing

Semalam Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan mengumumkan kelonggaran solat Jumaat dan berjemaah berasaskan keluasan masjid, dan ianya khusus buat rakyat Malaysia sahaja.

Susulan itu, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menyifatkan tindakan kerajaan tidak membenarkan warga asing yang negatif COVID-19 menunaikan solat di masjid adalah tidak wajar.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid, berkata pihaknya meminta supaya kerajaan menyemak semula keputusan berkenaan.

Katanya, MAPIM melihat keputusan itu sebagai satu diskriminasi yang tidak wajar dan tuntutan agama tidak boleh dikompromi jika semua syarat sudah dipenuhi.

” Kami bersetuju supaya semua mematuhi prosedur operasi standard (SOP) terutama penjarakan sosial.

” Kami menegaskan bahawa isu ini sepatutnya dirujuk kepada Menteri Agama, Mufti serta Majlis Agama Negeri.

” Sudah tentu ia perlu diputuskan oleh Sultan di negeri masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dilaporkan berkata kelonggaran syarat mendirikan solat berjemaah dan Jumaat berasaskan keluasan masjid hanya tertakluk kepada warga tempatan sahaja.

Kes COVlD warga asing lebih tinggi

Menurut Ismail Sabri hal ini kerana isu positif COVID-19 dalam kalangan warga asing lebih tinggi berbanding rakyat tempatan.

Sebelum ini, media turut melaporkan pendedahan polis mengenai kegiatan penjualan laporan saringan COVlD-19 palsu dalam kalangan warga asing yang menyaksikan dua dalang sudah ditahan setakat ini.

” Apabila kita sebut kerajaan membenarkan (solat berjemaah dan Jumaat) tertakluk kebenaran dan keputusan Yang di-Pertuan Agong dan bagi negeri beraja keputusan bergantung kepada Sultan di negeri masing-masing.

” Sebaik kita umum kelonggaran ini semalam, ia tidak termasuk warga asing dan hanya untuk warganegara Malaysia saja.

” Pertamanya, mungkin isu membabitkan warga asing yang positif Covid-19 lebih tinggi di negara kita dan kedua jika warga asing memenuhi masjid, rakyat Malaysia tidak berpeluang untuk melakukan ibadah itu,” katanya.

Katanya, setakat ini kebenaran solat berjemaah dan Jumaat hanya untuk rakyat Malaysia saja.

Tunggu YDPA perkenan SOP 

Sementara itu Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) hari ini membentangkan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perluasan Kapasiti Jemaah bagi Solat Jumaat dan Solat Berjemaah dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri.

Menterinya Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata prosedur itu dijangka diumumkan dalam masa terdekat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada minggu hadapan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : limauais

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Kerajaan Benar S0lat Jemaah Utk Rakyat Tempatan Saja.” Sekali MAPIM Kata Tak W4jar Halang Wrga Asiing"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*