Krisdayanti Minta Jngan K@itkan Dengan Ayah Tlri Mereka “Raul Lemos Ditudvh Campvr Tngan..”

ISU terasa hati Aurel dan Azriel terhadap ibu mereka penyanyi Krisdayanti menjadi semakin p4nas apabila bapa tiri, Raul Lemos ditudvh campur tangan dalam hal itu.

Sikap Raul yang sering s1indir-menyi1ndir di laman sosial membuatkan Aurel dan Azriel Hermansyah tertek4n sehingga terpaksa mendapatkan nasihat pakar psi1kologi.

Sementara itu, enggan meneruskan isu berpanjangan Krisdayanti menerusi Instagramnya meminta netizen untuk tidak melibatkan Raul dalam persel1isihan faham tersebut.

Penyanyi lagu Menghitung Hari ini turut membuat penjelasan mengenai spekulasi berkenaan dia tidak pernah membalas pesanan yang dihantar Aurel menerusi aplikasi WhatsApp.

Paparan skrin yang dikongsi Krisdayanti menunjukkan dia membalas pesanan yang dihantar anaknya.

“Dalam kesempatan ini saya ingin menjelaskan berita yang tersebar bahawa saya tidak membalas pesanan yang dihantar anak saya sama sekali tidak benar. Sebaliknya saya merasa gembira mendapat pesanan daripada mereka dan sebaik sahaja saya membaca, saya akan segera balas,” tulisnya.

Isu tercetus selepas Aurel melahirkan rasa terkilan apabila ucapan ‘Selamat Hari Raya’ yang ditulis di laman sosial ibunya tidak dibalas.

Krisdayanti kemudian memuat naik paparan skrin perbualan bersama Aurel di aplikasi WhatsApp sebagai bukti dia tidak mengabaikan mesej anaknya itu.

Bagaimanapun, anak lelakinya, Azriel berasa kurang senang dengan tindakan ibunya itu yang mempersoalkan permasalahan keluarga dikongsi di media sosial.

Dalam pada itu, menerusi entri tersebut, penyanyi itu turut meminta netizen untuk tidak membabitkan suaminya dalam hal ini.

“Saya meminta agar netizen yang tidak memahami masalah ini untuk tidak salah faham dan mencari kebenaran dengan teliti agar tidak membabitkan orang lain (suami saya) yang tidak tahu apa-apa apatah lagi hubungan saya dengan anak-anak saya,” ujarnya.

Kridsayanti berkata, biarpun dia pernah melakukan kesalahan, namun berharap anak-anaknya tidak mengulangi kesalahan itu dan mengambil dari sudut positif.

“Sebagai manusia, saya pernah melakukan kesalahan tapi saya berharap anak-anak saya dapat mengambil sedikit sisi positif dari saya dan bercakap tentang kebenaran.

“Mohon maaf tulus dari hati saya jika ada yang tersinggung dan terima kasih atas perhatian anda,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber: Mstar

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Krisdayanti Minta Jngan K@itkan Dengan Ayah Tlri Mereka “Raul Lemos Ditudvh Campvr Tngan..”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*