“Yg Seron0k Nak Ke Pantai, Aj4r An4k Beran4k H0rmat Kebersiihan” Tiz Zaqyah

Umum mengetahui esok bermula Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dimana lebih banyak kelonggaran diumumkan termasuklah rakyat dibenarkan untuk merentas negeri untuk pulang ke kampung serta melancong di dalam negeri.

Ramai yang tidak sabar untuk bercuti di kawasan pantai selepas hampir 3 bulan tidak dibenarkan berbuat demikian. Perkara itu turut mendapat perhatian Tiz Zaqyah yang menyeru orang ramai supaya menjaga kebersihan pantai.

Menerusi Twitter, Tiz berkata sudah menjadi tanggungjawab bersama untuk memastikan sampah dikutip dan bukannya buang merata. Tiz turut memberi peringatan pedas supaya jangan menunjukkan kebodohan diri dengan buang sampah merata-rata.

“Ajar anak beranak hormat kebersihan tak kisahlah di mana-mana. Jangan jadi bangsa tak peduli. Jangan tunjuk diri ini bodoh ya. Ini ‘general’,” tulisnya.

Dalam pada itu, Tiz turut memberikan satu contoh yang berlaku di Tasik Dayang Bunting, Langkawi sebelum ini apabila tasik yang menjadi tumpuan pelancong itu kotor. Ujarnya lagi, pasti tempat itu sekarang bersih kerana sudah berapa bulan tiada pelancong yang datang.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan teguran pelakon itu. Malah, ramai yang berpendapat ibu bapa sepatutnya mendidik anak-anak sejak dari kecil lagi untuk menjaga kebersihan pantai.

Bagaimanapun, ada yang mengatakan meskipun teguran diberi tetapi masih ramai bersikap tidak peduli. Kata netizen lagi, adakalanya orang dewasa yang berakal pun tetap buang sampah merata-rata.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : rotikaya

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Yg Seron0k Nak Ke Pantai, Aj4r An4k Beran4k H0rmat Kebersiihan” Tiz Zaqyah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*