“Bab4k Kata Adik Terenj4t Ak@l Itu Paling Beri Kes@n, Tak Semua Faham…” Reen Rahim

Pelakon Reen Rahim akui terdapat babak yang meninggalkan kesan mendalam pada dirinya sewaktu penggambaran filem Syif Malam Raya.

Menurut Reen, dia berharap penonton dapat memahami mesej bermakna yang ingin disampaikan oleh watak Mira yang mempunyai seorang adik kelainan upaya.

“Babak kata adik terenjat akal itu paling beri kesan. Bila saya tahu kena lakonkan babak itu saya rasa gementar dan takut.

“Takut gagal kerana bagi saya itu adalah tanggungjawab besar yang diberikan kepada saya untuk menyampaikan mesej kepada penonton.

“Secara peribadi saya sendiri suka babak tersebut, rasanya tak semua orang faham dengan anak-anak istimewa ini. Jadi saya sendiri rasa itu tanggungjawab saya untuk sampaikan mesej pada semua.

“Alhamdulillah, selepas filem ditayangkan saya tengok banyak yang beri respon positif. Bila ramai yang respond dan kongsi bermakna mesej yang ingin disampaikan itu berjaya.

“Saya harap mereka yang menonton Syif Malam Raya ini ambil kira jugalah babak-babak yang serius dan mempunyai mesej, janganlah hanya sekadar tengok sahaja,” katanya ketika ditemubual Gempak.

Selain Reen, Syif Malam Raya juga menampilkan bintang YouTube, Syahmi Sazli, Asif Suhaimi dan Yoe Parey, Atu Zero, Sharif Zero, Syaiful Zero, Danial Lawak Solo, Ropie, Saiful Apek, Azlee Senario, aktres Reen Rahim, Emelda Rosemila, Nadia Brian, Lia Natalia serta Shiela Mambo.

Jangan lupa untuk sewa filem raya, Syif Malam buat pertama kalinya ditayangkan terus di pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 sudah pun ditayangkan sejak 21 Mei 2020

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton Syif Malam Raya selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem Syif Malam Raya, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber: gempak

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Bab4k Kata Adik Terenj4t Ak@l Itu Paling Beri Kes@n, Tak Semua Faham…” Reen Rahim"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*