Dr Rohaizat Korban Cuti Bertimbun Demi Bakti Selesai Pendemik Covid-19

Pengumuman persaraan Datuk Dr Rohaizat Hj Yon semalam pastinya memberi satu kehilangan buat Kementerian Kesihatan Malaysia.

Menjadi Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan dan Perubatan sejak Mac 2019 dan sudah berkhidmat selama 35 tahun 10 hari pastinya menghadirkan ribuan kenangan buat pihak KKM bersama beliau.

Sama2 berjuang demi negara

Oleh sebab itu, laman Facebook Friends of Malaysia Frontliners telah berkongsi kegigihan Dr Rohaizat dalam sama-sama memerangi wabak Covid-19.

Sehingga ke penghujung hari perkhidmatannya, beliau masih setia disisi Datuk Dr Noor Hisham dalam sidang media Perkembangan Covid-19 yang berlangsung jam 5 petang semalam.

Keluar rumah seawal subuh

Dalam coretan tersebut ada memaklumkan bahawa Dr Rohaizat telah mengorbankan cuti tahunan beliau yang sepatutnya boleh digunakan sebelum bersara demi menyelesaikan pendemik ini.

Beliau juga keluar rumah seawal subuh  untuk bersama pasukan pakar penyakit berjangkit dan pakar penyelidikan KKM berbincang dan melengkapkan data demi memastikan maklumat yang disampaikan berkenaan Covid-19 tepat.

Terima kasih panglima perang kami

Dalam perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah menzahirkan rasa terima kasih kepada ‘panglima perang’ KKM yang telah menabur bakti sehingga di hari terakhirnya sebelum bersara demi kesihatan dan keselamatan rakyat Malaysia.

Selamat bersara Dr

Jasa Dr tak mampu kami balas

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber: Friends of Frontliners

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Dr Rohaizat Korban Cuti Bertimbun Demi Bakti Selesai Pendemik Covid-19"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*