Kerajaan Malaysia Tangguh Ibadah Haji 1441 Hijrah Ke Tahun Hadapan

Sebentar tadi , Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Al-Bakri telah melakukan sidang media jam 4 petang.

Dalam sidang media tersebut, beliau menzahirkan rasa syukur kerana kita telah berjaya menghadapi cabaran ketika Perintah Kawalan Pergerakkan berlangsung.

Surau & masjid kena ikut SOP

Selain itu, Dr Zulkifli telah memaklumkan bahawa surau dan masjid telah boleh dibuka bagi tujuan solat jumaat dan solat berjemaah.Pelbagai aspek telah diteliti satu persatu demi memutuskan sebarang keputusan mengikut SOP yang ditetapkan.

Kapasiti untuk solat jumaat dan berjemaah di kawasan zon hijau di Wilayah Persekutuan majoritinya adalah 1 per tiga dari bilangan kariah.

Wanita boleh hadir ke masjid, warga asing minta maaf

Wanita dan juga warga emas turut dibenarkan hadir ke masjid dan surau. Namun, untuk mereka yang tidak sihat atau bergejala tidak dibenarkan sama-sekali.

Walau bagaimapun, pembukaan masjid dan surau hanya di dahulukan kepada warganegara Malaysia buat masa ini.

Haji ditangguh ke tahun hadapan

Disamping itu, beliau telah memaklumkan bahawa kerajaan Malaysia terpaksa menangguhkan dahulu ibadah haji ke tahun hadapan melihat daripada situasi sekarang setelah mendapat perkenan KDYMM Baginda Agong.

Diakhir sidang media, Dr Zulkifli memohon ribuan kemaafan kepada bakal jemaah haji yang terpaksa menangguhkan ibadah mereka kerana pendemik ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber: Harian Metro

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Kerajaan Malaysia Tangguh Ibadah Haji 1441 Hijrah Ke Tahun Hadapan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*