Netizen Panggil Menteri Ismail Sabri Sebagai “Paklong Mail”. Dafi Tampil Beritahu Nama Gelaran Sebenar Bapa

“BAPA saya anak bongsu daripada enam beradik. Dalam keluarga kami, beliau dipanggil Paksu.

Jadi, apabila orang ramai terutama warganet meletakkan gelaran Pak Long Mail kepadanya, memang lucu,” kata penyanyi dan pelakon, Dafi, 32, anak kepada Menteri Kanan (Kluster Keselamatan),Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang kini cukup popular dalam kalangan rakyat Malaysia.

Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi Ismail Sabri berkata, mereka sekeluarga menerima baik gelaran kepada bapanya walaupun berasakan ia agak kelakar.

“Ada juga yang memanggil papa dengan gelaran Tok Mail. Pada saya, gelaran berkenaan jelas menunjukkan betapa rakyat berasa mereka dekat dengan pemimpin negara.

“Gelaran seperti Pak Long Mail dan Tok Mail ini adalah antara penghormatan rakyat kepada pemimpin yang mana panggilan diberikan itu biasanya hanya didengar dalam kalangan keluarga sahaja,” katanya.

Menurut Dafi yang juga anak kedua daripada empat beradik, dia tidak mampu menafikan populariti diperoleh bapanya sangat hebat ketika ini.

“Sejujurnya, saya lihat rakyat Malaysia ketika ini amat menyenangi pemimpin negara yang baru memegang tampuk pemerintahan

Ia seolah-olah menunjukkan betapa mereka menghargai usaha kerajaan dalam memerangi pandemik Cov19,” katanya.

Berikutan hari ini bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang memberi kelonggaran dengan membenarkan perjalanan merentas negeri untuk pulang ke kampung,

Dafi berharap masyarakat tidak terlalu bergembira.

Dia tidak mahu rakyat Malaysia tidak leka bahawa C0vi1d-19 ini berada dalam komuniti dan kena terus berhati-hati.

“Jangan lupa juga segala Prosedur Operasi Standard (SOP) yang disarankan kerajaan ketika di kampung.

Saya juga sentiasa mengingatkan diri sendiri supaya tidak ambil mudah terhadap kelonggaran yang diberikan kerajaan dalam usaha kita semua menerapkan normal baharu dalam kehidupan.

“Jaga SOP ditetapkan seperti memakai penutup hidung dan mulut, sentiasa amalkan penjarakan sosial, kerap membasuh tangan dan utamakan kebersihan,” katanya.

Dafi turut mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat negara ini kerana memberi sokongan penuh kepada kerajaan dalam usaha bersama-sama memutuskan rantaian Cov 19.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:HMETRO ONLINE

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Netizen Panggil Menteri Ismail Sabri Sebagai “Paklong Mail”. Dafi Tampil Beritahu Nama Gelaran Sebenar Bapa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*