“Sumpah Cantik Pemandangan Ni!” VIDEO Drone Berjaya Rakamkan Ribuan Penyu Sedang Berenang Di Lautan Australia

Baru-baru ini, satu rakaman telah di ambil dari udara yang menunjukkan sebuah pemandangan yang sangat indah. Terdapat ribuan penyu hijau sedang berkumpul di Great Barrier Reef, Australia.

Difahamkan rakaman itu berjaya diambil dengan menggunakan drone di rookery penyu terbesar di dunia iaitu di Pulau Raine. Ini merupakan kajian yang di kendalikan oleh para saintis dari Jabatan Alam Sekitar dan Sains Kerajaan Queensland (DES).

Menerusi BBC, penyu itu dikenali sebagai penyu hijau kerana warnanya dan ciri unik yang ada hanya pada penyu ini iaitu tulang rawannya.

Pulau Raine adalah rookery kawasan penyu yang terbesar di dunia namun haiwan tersebut tidak dapat bersenyawa kerana terlalu banyak penyu di situ.

Mungkin dia malu kowt..

Selain itu, pulau itu juga dipenuhi dengan terumbu karang yang banyak.

Bagi mengira jumlah penyu-penyu itu, para saintis melukis cat putih pada cengkerang penyu itu semasa mereka berkumpul di pantai.

Kerana cat yang tidak beracun itulah, mereka dapat mengira jumlah penyu melalui drone, sejurus itu dapat menangkap satu pemandangan yang indah.

Menurut saintis penyelidikan kanan, Dunstan, jumlah penyu itu telah dikira dengan tepat. Dengan menggunakan drone, kajian ini telah mendedahkan bahawa sebanyak 64,000 penyu sedang berenang di sekitar pulau dan menunggu untuk bertelur di darat.

Masalah kepupusan penyu dapat di tangani, jadi kita harus jaga habitat ini sebaik-baiknya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:Lobak Merah

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Sumpah Cantik Pemandangan Ni!” VIDEO Drone Berjaya Rakamkan Ribuan Penyu Sedang Berenang Di Lautan Australia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*