“Teruskan Jaga Diri, Pak Long Sayang Kalian Semua..” Ismail Sabri

Baru-baru ini, netizen memberikan gelaran kepada beberapa pemimpin negara sekaligus menggambarkan mereka dekat di hati rakyat dalam usaha menangani wabak Covid-19.

Bagi Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dipanggil ‘Pak Long’, beliau berkongsi rasa penghargaan terhadap rakyat yang memberi sokongan dalam menjaga keselamatan negara.

Maaf kalau tak dapat balas semua komen

Menerusi laman Facebook rasmi miliknya, figura berusia 60 tahun itu menasihat orang ramai agar terus menjaga diri selain menyatakan rasa sayang terhadap rakyat.

“Pak Long hanya mahu semua tahu yang Pak Long menghargai semua sahabat-sahabat dan anak-anak yang #support Pak Long. Pak Long tabik hormat kepada semua.
“Teruskan menjaga diri dan orang-orang tersayang. Terima kasih banyak. Pak Long Mail sayang kalian semua,” tulisnya semalam.

Posting tersebut meraih 4,800 perkongsian dan 83,000 tanda suka serta ribuan komen warganet memberikan kata-kata positif selain berterima kasih kepada beliau dalam menggalas tanggungjawab dengan sebaiknya.

Kami sayang Pak Long! Pemimpin akrab dengan rakyat

Moga semua dilindungi & terus kuat

Teruskan usaha usir warga asing

Terima kasih ambil berat pasal kami

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:Ismail Sabri Yaakob

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Teruskan Jaga Diri, Pak Long Sayang Kalian Semua..” Ismail Sabri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*