Adam Corrie Elak Berlakon Bersentuhan Dengan Pelakon Wanlta Bvkan Mahr@m “Ada Banyak Cara Zahlrkan Perasaan Romantlk”

Bintang filem Ada Apa Dengan Dosa, Adam Corrie Lee mengakui cuba berpegang teguh pada prinsip tidak bersentuhan dengan pelakon wanita yang bukan mahramnya.

Jelas Adam, sejak lima tahun lalu dia seboleh-bolehnya mengelak daripada bersentuhan tanpa berlapik dengan wanita lain dan berbincang dengan pengara seandainya ada babak-babak romantis.

“Saya cuba untuk tidak bersentuhan dengan wanita lain ketika berlakon, elak seboleh-bolehnya.

“Bagi saya ada banyak cara untuk meluahkan perasaan dan menjayakan watak itu dengan emosi 150 peratus.

“Cuma kadang-kadang ada masanya tak dapat elak tetapi kita akan cuba berbincang dengan pengarah untuk mengubahsuai caranya supaya tiada bersentuhan,” katanya kepada Gempak.

 

View this post on Instagram

 

Ada Apa Dengan Dosa Di #astrofirst 4Jun 2020 . #adamcorrie

A post shared by Adam Corrie (@adamcorrielee) on

Tindakan Adam itu ekoran kecaman yang diterima selepas memeluk agama Islam.

“Terlalu ramai yang kecam saya selepas masuk Islam, kata mereka itu tak boleh ini tak boleh jadi saya cuba mengikuti panduan itu.

“Kalau boleh macam-macam saya cuba elak tetapi apakan daya saya cuma manusia yang banyak melakukan dosa, tiada ilmu dan kekuatan.

“Apapun, pendekatan saya cuba melakukan yang terbaik untuk tidak bersentuhan terlebih dahulu dengan bukan mahram,” tambahnya.

Prinsip itu dipraktikkan Adam dalam filem terbaharunya Ada Apa Dengan Dosa ketika bergandingan dengan Fasha Sandha.

Ada Apa Dengan Dosa mengisahkan kehidupan seorang gadis yang dibesarkan dalam keluarga freethinker bernama Aurora (Wanna Ali) yang mendapat tahu identiti sebenarnya dari keluarga beragama Islam.

Lebih mengejutkan apabila Aurora adalah seorang anak luar nikah hasil daripada keterlanjuran perbuatan seorang pendakwah dan ibu kandungnya.

Kesannya, Aurora hampir membunuh diri namun kehidupannya berubah selepas bertemu dengan Khaliq (PU Riz).

Filem terbitan Pencil Pictures & Records itu dibintangi Ashraf Muslim, Wanna Ali, Fasha Sandha, PU Riz, Adam Corrie dan Fauziah Nawi.

Ada Apa Dengan Dosa telah mula ditayangkan di saluran Astro First (480) sejak 4 Jun.

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton Ada Apa Dengan Dosa selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem Ada Apa Dengan Dosa, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Adam Corrie Elak Berlakon Bersentuhan Dengan Pelakon Wanlta Bvkan Mahr@m “Ada Banyak Cara Zahlrkan Perasaan Romantlk”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*