Malaysia Akan Diisytihar Bebas COVID-19 Jika Tiada K3s Dalm Tempoh 28 Hari – KP Kesihatan

Putrajaya, 11 Jun- Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata Malaysia akan diisytihar bebas COVID-19 setelah 28 hari tiada kes.

Katanya, cara tersebut telah digunakan sebagai kayu ukur untuk menamatkan pemantauan terhadap kluster-kluster sebelum ini.

“Kalau kita tamatkan sesuatu kluster, kita memakan masa tempoh 28 hari pemantauan iaitu dua kitaran inkubasi.

“Jadi kalau kita guna pakai tempoh pemantauan dan pengawasan untuk tempoh 28 hari, bermaksud kalau kita tiada kes dalam tempoh 28 hari, kita akan isytiharkan bebas daripada COVID-19.

“Itulah yang kita guna pakai sebagai penanda aras,” katanya ketika menjawab soalan wartawan.

Dalam sidang media sebentar tadi, beliau ditanya sama ada Malaysia akan mengguna pakai tempoh 14 hari sifar kes sebagai penanda aras negara bebas COVID-19 atau mengambil tempoh yang lebih lama untuk mengesahkan status bebas COVID-19 di negara ini.

Malaysia kini memasuki fasa pemulihan daripada wabak COVID-19 melalui pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga 31 Ogos akan datang.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:RTM

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Malaysia Akan Diisytihar Bebas COVID-19 Jika Tiada K3s Dalm Tempoh 28 Hari – KP Kesihatan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*