“M@ta Aku Masuk Habvk, Anak Yang Baik. Selamat Hari Jadi Kakak”

Seorang wanita menggunakan akaun bernama Siti Sarah membuat perkhidmatan penghantaran hadiah buat pelanggan yang ingin memberikan kejvtan buat insan tersayang.

Hari ini berkongsi pengalaman yang paling bermakna dalam hidupnya apabila seorang pelanggan meminta untuk menghantar hadiah buat ibu bapanya.

Pelanggan yang menggelarkan dirinya kakak menyambut hari ulangtahun kelahirannya hari ini.

Untuk menghargai ibu dan ayahnya yang selama ini membesarkannya, kakak telah membuat kejvtan memberikan buah-buahan dan pizza buat ibu bapanya yang buta.

Siti Sarah memberitahu bahawa kejadian yang berlaku benar-benar membuka matanya dan sekaligus mengajarnya sesuatu yang sering kali ramai yang terlepas pandang.

Ramai anak-anak yang inginkan ibu bapa yang sempurna, diberikan segala kemahuan dan kemewahan dan akan memberontak jka tidak dapat apa yang diinginkan tapi sering kali kita lupa di luar sana ramai yang tidak mampu mungkin kerana tiada kemewahan harta benda mahupun kekurangan dari segi fizikal.

Siti Sarah dalam video dengan nada sebak sempat membacakan nota yang ditulis khas dari anak pasangan ini yang mengucapkan terima kasih dan rasa syukur dibesarkan oleh ibu dan ayahnya

Delivery paling bermakna bagi aku harini dan aku simpan dekat sini. Delivery harini mengajar aku sesuatu, sesuatu yang susah kita nak jumpa dan kita sendiri terlepas pandang.

Kita selalu nak kan yang perfect nak ibu bapa macam ni macam ni. Tak dapat apa-apa kita member0ntak tapi kadang-kadang cuba kita fikir mereka yang tak mampu nak bagi, mak abah yang tak dapat melihat.

Masyallah aku menangis ya waktu nak baca air mata bergenang suara aku bergetar-getar dengan harapan makcik tu takdelah perasan.

Yang paling aku nampak ialah walaupon mereka buta, aku tengok dorang happy macam kita jugak. Tak nampak sedih langsung. Dikurniakan pulak anak yang baik masyallah. Bila aku baca dah lah memang aku panggil mak abah aku dengan panggilan macam tu dan gelaran aku sendiri ialah kakak ..

Aku sendiri rasa nak berguIing nangis dekat tar eh over lak kau. Mesti mak abah dia sayang dekat anak, ingat kot bday dia. Masyallah bertuahnya kamu

Thanks kepada yang order ni .. betul-betul terkesan dihati saya

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai komen dan reaksi dari netizen yang rata-rata terharu dan turut rasa sebak.

Nur Araz Arith –

 

Alhamdullilah bahagia itu ade cara tersendiri .. moga hati kite sentiasa mengingati ibubapa hingga nafas terakhir… dan sentiasa membahagi… Bagus sis share… mengingati sesama manusia…

Fatihah Ali –

 

Allahuakbar.. nangis aku dgr kau baca ucapan tu dikk..Moga keluarga ini diberi lindungan Allah sepanjang masa dan moga murah juga rezeki bisnes delivery kau, dik. The feeling is there. Dgr suara kau sebak baca tu

Norizah Yusof

 

Aku yang tgk video clip pun terharu kalau aku yang baca message pun rasanya nak meraung walaupun aku takda mak bapa dari kecik

Tan Guat Suan –

 

Sangat menyedihkan. Bertuah Pakcik Dan makcik dapat anak yang sangat baik Dan penyayang. Happy birthday to you Kakak

Dyna Nora –

 

HAPPY BIRTHDAY KAKAK! Seorang anak yang solehah! Semoga di hari bahagia ini, Allah SWT sentiasa memberikan taufik, rahmat, barakah juga lindungan kesihatan, hidayah dan redhaNYA untuk kamu sekeluarga. Semoga sentiasa dalam lindungan Yang Maha Esa.

Sebak sangat dengar ucapan dari anaknya, yang sangat menghargai ibu bapanya yang selama ini susah payah membesarkannya dengan sempurna tanpa rasa sedikit pun kekurangan. Semoga keluarga ini dilimpah lagi dengan kasih sayang dan juga bahagia sampai ke akhirnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:Meh Baca

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“M@ta Aku Masuk Habvk, Anak Yang Baik. Selamat Hari Jadi Kakak”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*