“Wark@h Untuk Abah” YouTuber Indonesia Menangls Dedikasikan Sajak Bvat Perdana Menteri Malaysia

Seorang YouTuber Indonesia dikenali sebagai Vikry telah mendeklamasikan sajak buat Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menerusi video yang dimuat naik di saluran YouTube Kreativi Indonesia itu, Vikry telah membacakan sajak yang ditulis oleh kakaknya.

“Warkah untuk Abah ini saya tujukan buat Perdana Menteri Malaysia kelapan yang sangat disayangi rakyatnya.

“Saya berasa seperti ada hubungan dengan beliau dan menganggap beliau seperti Ayah selepas melihat beliau beberapa bulan kebelakangan ini.

“Setiap kali beliau memberikan ucapan, saya akan mengaminkan apa yang diucapkan itu,” katanya.

Menerusi sajak dibaca Vikry, dia memuji kredibiliti Perdana Menteri dalam menangani pandemik COVID-19 di Malaysia.

Apatah lagi Perdana Menteri merupakan seorang pejuang kanser yang dilihat lebih mengutamakan rakyat berbanding kesihatan dirinya sendiri.

Pengorbanan Perdana Menteri itu telah menyebabkan Vikry mengalirkan air mata ketika membaca Warkah Untuk Abah.

Vikry juga berharap Indonesia turut mempunyai ‘Abah’ seperti Muhyiddin.

 

“Saya kagum dengan kasih sayang yang ditunjukkan ‘Abah’ kepada rakyat Malaysia. Betapa beruntungnya rakyat Malaysia memiliki pemimpin seperti ‘Abah’.

“Terima kasih ‘Abah’ kerana menjadi sumber inspirasi saya dan teman-teman di Indonesia. Tidak mudah menjadi seorang ‘Abah’,” katanya sebak.

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata yang telah menonton bersetuju dengan apa yang dibacakan Vikry.

Sejak dimuatnaik pada dua hari lalu, Warkah Untuk Abah sudah ditonton sebanyak 62,003 kali, ketika artikel ini ditulis.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Wark@h Untuk Abah” YouTuber Indonesia Menangls Dedikasikan Sajak Bvat Perdana Menteri Malaysia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*