Abang Grab Selamatkan Anak Kucing Di Jalan Raya Raih Pujian Ramai

Sebagai pengguna jalan raya pastinya kita biasa melihat kucing terbiar terperangkap di jalan raya yang sesak dan tidak dapat menyelamatkan diri.

Dalam situasi seperti tu, jarang akan ada pemandu yang cukup prihatin untuk mengambil masa dan cuba menyelamatkan haiwan tersebut.

Paling-paling pun kita akan rasa kasihan dan berharap orang lain yang akan menyelamatkan kucing yang ketakutan itu. Namun selalunya kucing dalam situasi itu tidak akan bernasib baik.

 

Tetapi lain pula kisah yang berlaku di Cheras ini apabila seekor anak kucing terperangkap di jalan raya yang sibuk. Namun nasibnya baik apabila seorang penunggang penghantaran makanan cukup prihatin untuk menyelamatkannya.

Dalam video yang telah meraih lebih 13 ribu ulang kicau dan 15 ribu tanda suka, seorang rider Grab dilihat sedang tercari-cari di bawah kereta yang sedang bergerak perlahan dalam trafik di Taman Minang, Cheras.

Dia kemudian menemui apa yang di carinya di bawah salah sebuah kereta dan membawa keluar seekor anak kucing berwarna oren, sambil dilindung oleh beberapa penunggang motosikal lain.

Tindakan abang Grab tersebut sempat dirakam oleh pengguna Twitter yang berada di tempat kejadian pada ketika itu, sebelum memberikan makanan kucing kepada rider tersebut untuk diberikan kepada si Oyen.

Rata-rata netizen memuji keprihatinan abang Grab tersebut, malah Grab Malaysia sendiri menghargai jasa baik penunggang berkenaan.

Kesanggupan pengguna jalan raya untuk meluangkan sedikit masa demi mengalihkan gangguan di jalan raya ataupun menyelamatkan haiwan yang terkandas perlu menjadi kebiasaan, seperti juga yang dapat dilihat di bawah ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:HCL

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Abang Grab Selamatkan Anak Kucing Di Jalan Raya Raih Pujian Ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*