Eyra Hazali Dedh Jantina Bayi, Bakal Timang Ank Lelaki

Pelakon Eyra Hazali dan suaminya yang penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Muhammad Haziq Nadzli bakal menimang cahaya mata lelaki, dijangka Ogos depan.

Berita gembira dan pengumuman jantina itu dikongsi menerusi posting di laman Instagram pelakon berusia 21 tahun tersebut yang teruja menimang bayi sulung mereka.

Posting gambar itu kelihatan pasangan tersebut ceria sambil memegang sehelai baju bayi yang mempunyai tulisan ‘It’s a boy’.

“It’s a boy! Alhamdulillah, mama and papa can’t wait to meet you! Papa paling excited sebab ada geng sampai baju tu custom made. I’m still your baby girl okay @haziqnadzli #30weekspregnant,” tulisnya.

Rata-rata warganet mengambil peluang bagi mengucapkan tahniah kepada pasangan itu selain mendoakan Eyra agar dipermudahkan proses bersalin nanti.

Alhamdulillah tahniah!

Tak sabar nak tengok

Bakal geng bola juga ni

Mesti comel macam korang berdua!

Eyra dan Haziq sah bergelar suami isteri selepas dinikahkan di Masjid As-Syakirin KLCC, Kuala Lumpur pada 1 November lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:Eyra Hazali

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Eyra Hazali Dedh Jantina Bayi, Bakal Timang Ank Lelaki"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*