Neelofa Sedekahkan Semua Wang Bayaran Lakonan Telefilem 6 Hari, Semoga Makin Murah Rezeki!

Pelakon dan pengacara popular, Neelofa mendermakan keseluruhan wang bayaran lakonan yang diterimanya bagi menjayakan telefilem berjudul 6 Hari.

Menurut Neelofa, 31, wang tersebut juga sudah diberikan kepada badan kebajikan untuk disalurkan kepada golongan yang memerlukan pada bulan Ramadan yang lalu.

“Kebetulan pada waktu itu, saya memang tak ada niat nak cari duit pun. Jadi, saya terdetik kalau apa-apa yang datang (tawaran) lepas ni, saya ikhlas nak buat nak beri (sedekahkan) sahaja.

“Sudah selesai diserahkan pun sumbangan itu. Saya lakukannya pada bulan puasa lagi,” katanya

 

View this post on Instagram

 

Trivia #6Hari. Scene-scene watak Linda lakonan Lofa semua melibatkan phone dan video call. Macam cara kita semua communicate lah time PKP! Bukan kerja office je boleh conference call, shooting pun boleh! Saksikan 6 HARI, sebuah telemovie penuh yang dibikin dalam tempoh PKP! Sinopsis ringkas Telemovie ‘6 HARI’: Suzi (Lisa Surihani) adalah isteri ketiga yang bahagia berkahwin dengan seorang ahli perniagaan yang berjaya, Ismal (Aaron Aziz). Suzi tinggal bersendirian di sebuah banglo, kerana suaminya hanya pulang setiap 6 hari untuk menghabiskan masa dengan isteri-isteri yang lain. Semuanya kelihatan normal sehingga suatu hari bekas teman lelaki Suzi, Faizal (Yusry A. Halim) datang mengetuk pintu. Dibintangi pelakon-pelakon hebat @lisasurihani @yusryabdhalim @neelofa @aarondwiaziz TAYANGAN SERENTAK DI ASTRO RIA/RIA HD DAN CITRA/CITRA HD 13 JUN 2020, 9 MALAM #6Hari #DudukRumahChallenge #MCOShooting #StaySafe

A post shared by BamBamStudios (@bambam_studios) on


Menurut Neelofa lagi, penggambaran telefilem 6 Hari itu juga memberi satu pengalaman baharu buatnya kerana ia dijalankan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Saya rasa tak sukar kerana ia tak memerlukan komitmen untuk saya keluar rumah. Saya hanya shoot di dalam rumah sahaja. Saya berjaya selesaikan dalam tempoh satu jam sahaja.

“Lagipun, saya rasa kenapa tidak saya cuba sesuatu yang lain daripada kebiasaan kerana projek ini dibuat sendiri di rumah untuk ditayangkan di televisyen,” katanya.

Menurut Neelofa, dalam naskhah tersebut dia memegang watak sebagai Linda iaitu sahabat kepada Suzi lakonan Lisa Surihani.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Neelofa Sedekahkan Semua Wang Bayaran Lakonan Telefilem 6 Hari, Semoga Makin Murah Rezeki!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*