Rakyat Malaysia Mula Dibu4ng Kerja Di Singapura

RAKYAT Malaysia bekerja di Singapura berdepan masa depan tidak menentu apabila syarikat di negara itu mula melakukan pembu4ngan pekerja berikutan terj3jas akib4t pand3mik Cov1d-19, sejak bulan lalu.

Pembantu produksi kilang elektronik di Singapura yang mahu dikenali sebagai Middy Mohammad, 30, berkata, ramai rakyat Malaysia sudah diberh3ntikan kerja sejak bulan lalu menyebabkan mereka hil4ng punca pendapatan.

Middy yang bercuti tanpa gaji selama sebulan dan berada di rumah keluarga di Johor Bahru berkata, dia dimaklumkan rakannya bahawa ramai yang sudah diberh3ntikan kerja menyebabkan dia turut dil4nda keris4uan berhadapan nasib sama.

“Saya tidak ada jumlah bilangan yang tepat tetapi rakan memaklumkan jumlah rakyat Malaysia yang sudah diberhentikan sejak bulan lalu agak ramai sehingga mereka ters4dai di republik berkenaan berikutan mahu mencari kerja lain.

“Namun, ramai yang terjejas menarik nafas lega apabila kerajaan Malaysia mengumumkan pekerja Malaysia di Singapura tidak perlu lagi membayar separuh dari kos di pusat kuarantin di Johor Bahru sebaliknya menjalani kuarantin di rumah masing-masing.

“Pasaran kerja di Singapura terj3jas sehingga kilang elektronik tempat saya bekerja pun turut mengambil bekas pramugari dan pramugara republik itu bagi menggantikan rakyat Malaysia yang diberhentikan.

“Republik berkenaan difahamkan perlu mengutamakan rakyat mereka sekali gus menyebabkan nasib rakyat Malaysia yang bekerja di sana semakin tidak menentu, ” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Isnin lalu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan dilaporkan berkata, seramai 174,834 rakyat Malaysia sudah kembali dari Singapura, sehingga minggu lalu.

Mengikut statistik, kira-kira 400,000 rakyat Malaysia mencari nafkah di Singapura dengan hampir 250,000 daripadanya berulang-alik setiap hari menerusi Tambak Johor selain laluan kedua di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Tanjung Kupang, Gelang Patah.

Sementara itu, P Shures, 39, yang sepatutnya mula bekerja dalam bidang logistik dan pergudangan di Singapura pada Mac lalu, terpaksa melupakan tawaran kerja berkenaan selepas sempadan negara ditvtup sehingga kini.

“Pada mulanya majikan di Singapura men4ngguhkan kemasukan saya sehingga keadaan pulih namun saya perlu meneruskan kehidupan di sini dan kini sudah mendapat pekerjaan di Johor Bahru.

“Rakan yang bekerja di republik itu juga memaklumkan mereka sudah diminta sama ada bercuti tanpa gaji sejak bulan lalu atau lebih mal4ng ramai juga diberikan notis berh3nti kerja atas alasan syarikat terj3jas akib4t Cov1d-19 menyebabkan ramai yang hil4ng kerja,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:HM

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Rakyat Malaysia Mula Dibu4ng Kerja Di Singapura"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*