“Sangt Jah@t, Lebih-Lebih Lagi Ucapan Saya Dialih Suara” Ismail Sabri Bengng Jadi Mngsa

“TOLONG check kesahihah berita.”

Demikian kata Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang meluahkan rasa terkilan selepas menjadi m4ngsa penyebaran berita p4lsu yang tular pada Jumaat.

“Saya sendiri pun jadi m4ngsa penyebaran berita p4lsu kononnya saya tidak mengalu-alukan kedatangan rakyat Singapura ke Malaysia.

“Dan ini boleh mengeruhkan hubungan antara negara kita dengan Singapura, sedangkan keadaan sebenarnya negara kita masih lagi menutup pintu kepada semua warga asi1ng,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya, Sabtu petang.

Lebih teruk, Ismail Sabri berkata ucapan beliau turut dialih suara.

“Kononnya kalau nak datang setakat isi petrol, cuci petrol, dinner tak payah datanglah. Jadi ini satu berita yang sangat jah4t lebih-lebih lagi ucapan saya ini dialih suara.

“Saya tahu ramai rakyat Malaysia mungkin kenal suara saya, mungkin rakyat Singapura tidak melihat PC (sidang media) setiap hari, mungkin tidak tahu,” katanya.

Malah katanya lagi, tindakan tersebut berniat jah4t dan boleh mengeruhkan hubungan kedua-dua negara.

“Tindakan jah4t ini boleh mengeruhkan hubungan kita dengan Singapura. Jadi perkara ini sebenarnya tidak perlu dilakukan.

“Saya dah buat lap0ran polis dan juga kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengambil tindakan terhad4p mereka yang terliabt dalam menyebarkan berita p4lsu ini,” katanya.

Justeru beliau mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati sebelum menyebarkan sebarang kandungan yang diragui kesahihannya.

“Anda boleh menyalurkan maklumat kepada Pasukan Respons Pantas (PRP) Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) di talian 03-8911 5103 atau layari www.sebenarnya.my untuk menyemak kesahihan berita.

“Sebanyak 332 penafian dan penjelasan mengenai berita p4lsu telah diperjelaskan kepada orang ramai oleh PRP KKMM yang ditubuhkan bagi membantu membendung penyebaran berita p4lsu berkaitan Covi1d-19,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:Mstar

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Sangt Jah@t, Lebih-Lebih Lagi Ucapan Saya Dialih Suara” Ismail Sabri Bengng Jadi Mngsa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*