“Saya Menangls, Jngan Cakap Saya Tak Menangls. Cuma Saya Tak Menangls Depan Orang Kerana…” Farah Ahmad Kongsi Perasaan

Kehilangan suami tercinta tentulah menyedihkan buat seorang isteri. Bukan sekadar tempat bergantung, tetapi dialah yang menjadi sahabat karib dan teman rapat.

Berbicara dengan pelakon Farah Ahmad, dia terdiam seketika bila ditanya tentang arw4h suaminya, allahy4rham Mohd Firdaus Mohamad Hanif atau lebih dikenali sebagai Pitt.

“Setiap kali Farah rindukan dia, Farah akan ‘berbual’ dengan arw4h. Farah luahkan ‘perbualan’ Farah di Instagram, tempat Farah coretkan pelbagai cerita.

“Cerita tentang harian, cerita tentang anak-anak, dan segala kerinduan yang ada di dalam hati Farah, itulah yang menjadi ‘perbualan’ antara kami,” kata Farah.

Ditanya tentang jiwanya yang begitu kental kerana tidak pernah terlihat juraian air mata di pipinya tentang pem3rgian arw4h, Farah menggelengkan kepala.

“Farah tidak sekental seperti yang orang sering perkatakan. Farah menangis, jangan cakap Farah tak menangis. Cuma Farah tak menangis depan orang kerana pada Farah kenapa mahu menyusahkan mereka?

“Bila teringat pada arw4h, Farah akan jadi sebak. Farah Menangis. Tapi Farah cepat-cepat pujukkan diri kerana zuriat kami ada tiga orang yang perlukan Farah kuat,” terang Farah kenapa dia tidak pernah menitiskan air mata di hadapan orang lain.

Beralih topik kepada kehidupan sekarang, Farah memberitahu dia melakukan pelbagai pekerjaan seni yang digemarinya dan menjadi sumber pendapatan untuk keluarga.

 

“Selepas arw4h Pitt tak ada, Farah dapat peluang untuk membuka gerai Jom Bubur (Instagram @jombubur) di Enjoys Corner Taman Melawati. Alhamdulillah, sambutan sangat menggalakkan.

“Tapi rezeki di situ terhenti seketika kerana w4bak C0v1d-19 dan kita semua melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Syukur, sudah masuk Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), Jom Bubur akan dibuka balik mulai 16 Jun, dari pvkul 4 petang sampai 10 malam,” kata Farah.

Malah, ketika arw4h Pitt masa ada, Farah juga banyak membuat perniagaan kecil-kecilan kerana minatnya yang sangat dalam.

“Dari dulu lagi Farah dah buat rempah rendang, rempah dendeng, sambal totok bawah jenama Resepi Opah untuk jualan. Selalunya Farah akan buat sebelum tiba musim perayaan seperti Hari Raya.

“Farah juga buat Kasut Conteng (Instagram @ifkasutconteng) iaitu melukis atas kasut pelanggan. Selalunya Farah akan cadangkan pelanggan beli kasut sendiri kanvas putih jenama.

Menurut Farah lagi, Kasut Conteng diberhentikan buat seketika sejak arw4h men1nggal dunia kerana dia tidak dapat menumpukan perhatian, dan hingga kini dia masih belum membuka sebarang permintaan untuk Kasut Conteng.

“Farah sekarang tumpukan kepada perhiasan dulang (epoxy resin art) dan Alhamdulillah, permintaan terhadap epoxy resin art ni sangat menggalakkan sehingga pelanggan terpaksa menunggu giliran.

“Farah minta maaf kerana Farah tak cukup tangan. Minta maaf pada semua yang memahami dan

terpaksa menunggu,” katanya bersyukur kerana ramai yang meminati hasil kerjanya.

Sebelum ini Farah juga turut membuat pouring art iaitu hiasan kanvas untuk dibingkaikan sebagai hiasan dinding atau sebagainya.

“Farah memang suka seni daripada dulu lagi. Sejak sekolah memang suka conteng dinding dan macam-macam lagi walaupun Farah kelas sains,” katanya sambil ketawa kecil.

“Tapi ada kisah sedih di sebaliknya kerana ketika di tingkatan lima, Farah ingin mengambil subjek seni, tetapi tidak dibenarkan kerana tidak mengikuti kelas teori di sekolah,” katanya sedikit kecewa kerana tidak menyambung pelajaran dalam bidang yang diminatinya.

“Sekarang ini apa yang Farah belajar adalah secara sendiri seperti tengok YouTube, tengok buku pertukangan, dan buku lakukan sendiri (DIY). Kalau arw4h Pitt penuh dengan buku tentang pengarahan dan penggambaran filem, Farah pula ada banyak buku DIY.

Tambah Farah lagi, selain daripada berlakon, semua ini sumber pendapatan untuk dirinya. Walaupun ketika arw4h suaminya masih ada, dia sudah mula berniaga kerana tidak dia tidak suka duduk dan tidak berbuat apa-apa.

“Walaupun (dulu) memang suami yang menanggung, tetapi apa yang Farah buat adalah untuk sama-sama menjana ekonomi keluarga. Bak kata orang, susah senang bersama.

“Tawaran berlakon sudah mula ada dan Farah bersyukur ramai yang nampak kemampuan Farah dalam bidang lakonan. Lakonan adalah hidup Farah dan bukan sekadar pekerjaan,” tambah Farah yang akan memulakan penggambaran tidak lama lagi.

Tambah Farah lagi, apa jua yang dikongsikan di media sosial terutamanya di Instagram adalah untuk berkongsi cerita dan memberikan semangat bahawa wanita juga kuat dan cekal seperti lelaki.

“Farah juga nak semua orang tahu bukan hanya sijil dan keputusan peperiksaan itu penting, tetapi juga skil untuk menjalani hidup yang perlu diterapkan dalam kehidupan masing-masing,” katanya mengakhiri bicara.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Saya Menangls, Jngan Cakap Saya Tak Menangls. Cuma Saya Tak Menangls Depan Orang Kerana…” Farah Ahmad Kongsi Perasaan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*