Bapa Azharina Azhar Minta Pvsat Beli Belah Tvtup 1 Jam Khas Utk Dia Shopping

KUALA LUMPUR: Sembilan bulan pelakon, Adam Corrie ternanti-nanti tawaran beraksi dalam mana-mana produksi drama mahupun telefilem.

Bulan berganti bulan, sehinggalah pandemik C0v1d-19 ‘meny3rang’ lalu kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mengakibatkan industri penerbitan ‘lumpuh’, Adam terus menganggur.

Sepanjang tempoh itu, Adam atau nama sebenar, Adam Corrie Lee Abdullah, 52, buntu mencari punca mengapa dirinya seolah-olah ‘dipulaukan’ pengarah dan penerbit.


Puas menelah, Adam akhirnya sedar, syarat di mana dia seboleh-bolehnya enggan menghidupkan babak bersentuhan dengan pelakon wanita, menjadi punca dirinya tidak lagi menjadi pilihan penerbit dan pengarah.

“Saya tidak ingat bila kali terakhir berlakon… Ini membvktikan berapa lama saya tidak berlakon.

“Sudah sembilan bulan saya tiada ‘job’. Hanya disebabkan saya mengelak adegan bersentuhan dengan pelakon perempuan, banyak produksi tidak mahu panggil saya berlakon lagi.

“Mereka beritahu saya banyak ‘bunyi’ (kerenah), baik panggil sahaja pelakon yang boleh bersentuhan.

“Ada produksi yang menghubungi saya, tapi selepas diberitahu syarat itu, mereka tidak ‘call’ lagi,” katanya kepada BH Online.

Pelakon filem Ada Apa Dengan Dosa (AADD) ini terkilan dengan reaksi syarikat produksi seolah-olah pendirian enggan bersentuhan dengan pelakon waniat dianggap suatu kesalahan besar.

“Bagi saya jika pengarah mempunyai pertimbangan, dia boleh menghidupkan sesuatu adegan tanpa perlu mengolah jalan cerita biarpun tiada babak bersentuhan,” katanya.

Adam memberi contoh di mana dia pernah berlaku di bawah pengarah Eyra Rahman.

“Eyra mengubahsuai adegan tanpa perlu bersentuhan. Biarpun saya perlu menghidupkan watak suami dan isteri bersama Vicha, kami hanya tonjolkan melalui dialog.

“Itu sudah membuatkan penonton faham. Ini adalah bvkti pengarah yang baik,” katanya.

Adam juga memberi contoh pengalaman bekerjasama dengan pengarah filem AADD, Rahila Ali.

“Walaupun saya menjayakan watak suami kepada Fasha Sandha, kami tidak perlu bersentuhan untuk menghidupkan karakter. Alhamdullillah, Fasha juga faham,” katanya.

Adam berharap lakonannya dalam AADD yang mula ditayangkan di Astro First pada 4 Jun lalu, dapat membuka mata peminat terhadap kemampuannya.

“Saya berharap orang ramai menyokong lakonan saya dalam AADD. Biarpun adegan saya tidak banyak, saya seronok berganding dengan Fasha buat kali pertama dalam filem.

“Saya berharap dapat bekerjasama lagi dengan Fasha, Rahila dan produksi Pencil Pictures,” katanya.

Adam berkata, biarpun tidak menjadi pilihan penerbit dan pengarah atas syarat diberi, dia enggan berputus asa dan mahu kekal dalam industi seni.

“Namun, jika bayaran diberi tidak setimpal, bagaimana seseorang pelakon boleh bertahan?

“Saya terkilan apabila diberi bayaran tidak sepatutnya. Sedih apabila tengok kadar bayaran ditawarkan.

“Saya jadi keliru dipanggil berlakon untuk apa? Bukannya saya tiada nama hingga kadar ditawarkan begitu,” katanya.

Adam hairan apabila meletakkan tanda harga, dirinya dianggap ‘demand’ pula.

“Saya pula tiada penerbit ‘favourite’, jadi beginilah nasib. Tidak mengapa, biarlah orang sekat rezeki saya, jawablah di kvbur nanti,” katanya.

Berkongsi mengenai perniagaan Mr & Mrs Adam Corrie yang diusahakan, Adam mengaku sambutan kurang memberangsangkan.

“Perniagaan saya sedang ‘nyawa-nyawa ikan’. Biarpun butik di Busana Menara MARA di Kuala Lumpur sudah dibuka, pelanggan tidak berani masuk. Apatah lagi perlu beratur, jadi mereka agak keberatan,” katanya.

Namun, katanya, pelanggan tetap berkunjung, tetapi, tiada pembeli baharu.

“Saya tidak tahu apa yang perlu dibuat lagi. Saya sudah buat promosi termasuk melalui kawan-kawan.

“Saya masih ada 2,500 stok pakaian yang belum terjual,” katanya.

Namun, Adam tidak menyalahkan situasi dihadapi sekarang dengan penularan C0v1d-19.

Menurut bapa kepada Adam Fateh ini, dia perlu menerima ujian dengan tabah.

“Saya mengadu dengan Allah… Solat tahajud dan mengadu dengan Allah. Iyalah, semua ini, Allah yang bagi.

“Kalau kita tidak menjaga hubungan dengan Allah, bagaimana Allah hendak menjaga kita,” katanya.

Adam berkata, dia sering berdoa pada waktu mustajab iaitu pada jam 3.30 pagi di mana Allah turun mendengar luahan hambaNya.

“Saya tidak mengadu dengan orang lain. Ada yang bertanya, saya cakap. Jika tidak, saya tidak akan bercerita termasuk di laman sosial,” katanya.

Bagaimanapun, Adam bersyukur, biarpun tiada tawaran lakonan, dia mempunyai rezeki lain seperti makanan dan kesihatan yang baik.

“Walaupun tiada ‘job’, Alhamdulillah, saya cukup makan, badan sihat serta isteri dan anak saya juga sihat.

“Alhamdulillah, semalam (kelmarin), saya dapat panggilan menawarkan saya menjayakan dokumentari terbitan RTM… Saya bersyukur,” katanya

Rata-rata netizan terus mendoakan Adam Corrie

 

View this post on Instagram

 

Challenge Accepted!! 😍 #24hours If I didn’t tag you, please don’t be offended, I tried to pick people who I thought would play along. All too often women find it easier to criticize each other instead of building each other up, with all the negativity going around, let’s do something positive!! Because you are beautiful!! 😘 #onelove Upload 1 picture of yourself… ONLY you. Then tag 20 or more gorgeous women to do the same. Build yourself up instead of tearing yourself down ❤️ COPY AND PASTE If I tagged you, don’t disappoint me!! 😁 #MentalHealthAwareness #WomenPower. Here we go 2020 EMPOWERING WOMEN! Thanks @adryana_a for tagging me. Dress by @razmanrazmi1 📸 @nizarhafizmustafa

A post shared by Azharina Azhar (@azharina_a) on


“Rezeki ada di mana2…bkn mudah nencari rezki yg berkat…syurga tu mahal harganya…ikhlaskan hati dan bnykkan sabar…Insya Allah pasti Allah permudahkan urusan..”

” Syabas. Rezeki yg halal dan berkat lebih penting. Lakonan filem n drama yg xde unsur yg dilarang oleh agama pun ada. Filem aksi pun blh. Xpun ceburi je bidang lain. Byk lg. Rezeki Allah itu luas.”

“Alhamdulillah saudara…semua ujian itu datangnya drp Allah .Yang penting sabar,solat dan redha diatas segala ketentuan darinya Insha Allah mungkin ada hikmah disebalik ujian itu.yang penting kita kena yakin dengan segala perancangan Allah…mungkin Allah hendak beri yang lagi baik pada saudara.Rezeki itu dari Allah bukan datangnya dari makhlvk.kita jaga Allah,Allah jaga kita.Untuk apa kalau kita hidup mewah jika rezeki yang kita dapat tidak diberkati. Jika Kita hendak puaskan hati makhlvk ,memang tidak akan pernah puas.Rezeki ada dimana2 saudara.”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:HCL

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Bapa Azharina Azhar Minta Pvsat Beli Belah Tvtup 1 Jam Khas Utk Dia Shopping"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*