Kelibat Kakak Baju Putih Berlari Dukung Kucing Ketika Laporan Berita Cvri Tumpuan Netizen, Ini Empunya Diri Dan Cerita Sebenar!

“Itu kucing saya,” kongsi pemilik seekor kucing berwarna oren yang tular dalam footage laporan berita baru-baru ini, Mayamin Husna Hisham.

Menjelaskan situasi sebenar ketika rakaman spontan di kawasan Rehat dan Rawat Sungai Buloh, Selangor, kata Maya, 22, dia ketika itu sedang membersihkan kucingnya yang terbuang air besar di dalam kereta.

“Sebenarnya ketika itu saya dalam perjalanan dari Kuala Lumpur nak balik ke rumah mak saya di Sabak Bernam.

“Tiba-tiba kucing saya terbuang air besar dalam carrier, habis semua kotor.

“Kebetulan berdekatan dengan R&R Sungai Buloh, jadi saya singgah cuci carrier dan badan kucing yang terkena najis. Akhir sekali kucing oren bernama Neski,” katanya kepada Gempak.

Tambah Maya, keadaannya berlari-lari sambil mendukung Neski disebabkan mahu mengelak daripada baju putihnya kotor.

“Sebab saya berlari takut baju kotor tapi pada masa sama takut bila nampak abang-abang polis dan askar ramai-ramai.

“Tak sangka pula ketika itu ada pihak wartawan sedang buat laporan,” tambahnya.

Maya tidak menyangka rakaman footage berkenaan tular hingga ada yang menyangka dia menculik kucing berkenaan.

Malah, footage itu menarik perhatian ramai termasuk bekas Menteri Belia & Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman.

“Saya bela Neski sejak setahun lepas ketika menjumpainya di luar kafe siber. Sekarang dah ada dua anak,” katanya lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Kelibat Kakak Baju Putih Berlari Dukung Kucing Ketika Laporan Berita Cvri Tumpuan Netizen, Ini Empunya Diri Dan Cerita Sebenar!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*