Didkwa Balik Kampung, Tunai Solat Jumaat, Sebar Virvs. Ini Penjelasan KKM Tentang Isv Pelajar Tahfiz Posit1f Covid-19 Balik Kampung..

KEC0H apabila seorang pelajar tahfiz dari Negeri Sembilan did4kwa posit1f Coviid-19 dikatakan telah pulang ke kampung di Kampung Huma di Alor Setar, Kedah.

Menurut posting di halaman Facebook pada Ahad yang kini tular, pelajar tahfiz tersebut did4kwa membuat ujian saringan Coviid-19 sebelum pulang ke kampung dan hasil laporan didapati pos1tif.

Menurut posting yang sama, dia turut mendakwa pelajar tahfiz itu menunaikan solat Jumaat di sebuah masjid di Kampung Huma, dan susulan kejadian itu, dakw4nya masjid tersebut diarah tutup selama seminggu.

KKM Nafi Pelajar Tahfiz Positif Coviid-19 Balik Kampung

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan dakwaan mengenai pelajar tahfiz di Negeri Sembilan yang dikatakan positif Covid-19 selepas menunaikan solat Jumaat di sebuah masjid di Alor Setar, Kedah, seperti yang tular di media sosial, baru-baru ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya tidak ada menerima laporan berhubung perkara itu.

“Perkara itu tidak benar dan kami tidak ada menerima laporan berhubung kejadian itu,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai status dimuat naik di media sosial yang mendakwa ada pelajar tahfiz di Negeri Sembilan pulang ke kampung halaman di Alor Setar, Kedah.

“Saringan akan tetap dijalankan, tetapi apa yang dimuat naik di Facebook adalah tidak benar dan kita tiada pun laporan kes tersebut.

“Tetapi apa yang pasti, kita masih menjalankan ujian saringan berterusan (ke atas pelajar tahfiz),” katanya dalam sidang media harian, di sini pada Ahad.

Dalam pada itu, tegas Dr Noor Hisham, KKM turut mempunyai rekod kira-kira 120 sekolah tahfiz berdaftar di negara ini.

“Jadi kita menjalankan pengesanan kontak kepada mereka dan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mereka telahpun pulang ke rumah masing-masing.

“Jadi, sampai hari ini pun kita ada nama dan kita akan menjalankan pengesanan kontak. Sekolah tahfiz atau pelajar tahfiz adalah salah satu kumpulan sasaran yang kita telah kenalpasti dan kita akan menjalankan saringan untuk mereka.

“Yang pasti kita bukan nak stigm4kan mereka tetapi mahu pastikan mereka tiada virus tersebut,” tambah beliau.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak menularkan sebarang berita yang tiada kes4hihan kerana dibimb4ngi akan menc3tuskan kegus4ran dan p4nik dalam masyar4kat.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber: HM/ Astro Awani/ mStar

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Didkwa Balik Kampung, Tunai Solat Jumaat, Sebar Virvs. Ini Penjelasan KKM Tentang Isv Pelajar Tahfiz Posit1f Covid-19 Balik Kampung.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*