Niat Mahu Merendah Diri, Akhirnya Tersvngkur Selepas Netizen Memb0ngkar Kisah Sebenar Dia…

Cubaan seorang wanita yang cuba merendah diri berkongsikan pencapaian hidup di usia muda akhirnya tersungkur- selepas netizen mendakwa beliau sebenarnya masih mempunyai hut4ng yang belum dibayar dari perniagaannya sebelum ini.

Terdahulu, wanita tersebut  @RozmizaRozman membuat hantaran di Twitter berkongsikan gambar rumah dan kereta pertama miliknya sambil mengingatkan  netizen agar tidak membandingkan pencapaian hidup mereka dengan orang lain.

Niatnya untuk berkongsikan pencapaiannya di usia muda menerima reaksi neg4tif daripada orang ramai yang membalas perkongsiannya itu.

Bukan sahaja mengatakan tindakannya itu sebenarnya cuba untuk membandingkan pencapaian, namun mereka mend4kwa wanita tersebut sebenarnya masih mempunyai masalah hutang dengan pelanggannya sebelum ini yang mencecah ratusan ribu ringgit.

Wanita tersebut sebelum ini difahamkan pernah terlibat dalam perniagaan pre-order telefon pintar yang did4kwa melibatkan jumlah hutang sehingga lebih RM200,000 sejak beberapa tahun lalu.

Walaupun dikatakan cuba untuk membayar hut4ng tersebut sebanyak beberapa ratus ringgit sebulan kepada setiap pelanggan, namun netizen menjelaskan hut4ng-hut4ng tersebut masih belum dijelaskan walaupun ada yang sudah berlarutan sejak lima tahun lalu.

Komen Netizen

Akui kesil4pan, cuba bayar

Menjawab dakwaan netizen yang mengatakan dia masih berhutang, beliau akhirnya mengakui perkara tersebut melalui satu hantaran yang dibuat di akaun Facebooknya, Mimi Rozmiza Rozman pada malam tadi.

Hutang tersebut menurutnya berlaku setelah dia ditipu sebuah syarikat gajet ketika menjadi ejen sewaktu masih berada di universiti.
“Masa tu bodoh, tak pikir langsung. Sekali tertipu.

“Tapi semua untung tu kakak dah refund balik sampai tak tinggal 1 sen pon dekat kakak dan bayar guna hasil titik peluh kakak selama ni bayar RM200 sebulan sehingga RM500 sebulan.

Malah dia juga difahamkan masih menunggu sehingga kini untuk ‘kes mahkamah’ berjalan bagi menegakkan keadilan buat mereka dan individu terbabit yang dikatakan bertanggungjawab mengenai perkara itu juga kini cuba mengelakkan daripada dihubungi pihaknya.

“Ada yang cakap gila mimi bayar RM500 sebulan, bukan kau buat pon.

“Its OK, itu urusan DIA dengan orang yang menganiaya. Kakak dekat sini cuma cuba buat yang terbaik,” jelasnya.

Baca penjelasan penuh daripada beliau di sini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:HCL/ thevocket

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Niat Mahu Merendah Diri, Akhirnya Tersvngkur Selepas Netizen Memb0ngkar Kisah Sebenar Dia…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*