Pejvang Tentera Nasional Indonesia Dilap0r Terhemp@s Di Kawasan Perumahan Di Riau Pagi Tadi

Sebuat pesawat pejuang jenis Hawk 200 buatan BAE Aerospace milik Tentera Nasional Indonesisa (TNI-AU) dilaporkan terh3mpas di kawasan perumahan di Riau pagi tadi.

Menurut portal berita tempatan, ketika kejadian pesawat berkenaan sedang menjalani latihan biasa.

Berdasarkan laporan BERNAMA, juruterbang pesawat berkenaan dilaporkan selamat. Bagaimanapun, tiada lap0ran lanjut mengenai punca kejadian dan situasi di kawasan perumahan tersebut.

Sumber: BERNAMA, Kompas

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Media Viral

Ramai tak setuju sekolah rendah dibuka September, Oktober. Tak Sangka, Ini Sebabnya..

RAMAI rakyat Malaysia tidak bersetuju kerajaan membuka sesi persekolahan untuk murid sekolah rendah pada September atau Oktober ini.

Mereka mewakili suara ibu bapa yang menyuarakan kebimbangan menerusi undian di laman Facebook (FB) dan Twitter Harian Metro.

Undian itu memberi pilihan sama ada pengundi setuju atau tidak dengan cadangan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) supaya sekolah rendah dibuka pada hujung September atau Oktober ini.

Sebanyak 57 peratus daripada 22,700 pengundi tidak bersetuju dengan 43 peratus lagi bersetuju dengan cadangan berkenaan.

Namun, berbeza pula dengan pengundi Twitter, 57 peratus daripada 719 orang bersetuju manakala 43 peratus lagi tidak bersetuju.

Pengguna FB bernama Izzy Al-Yahya berkata, sesi persekolahan tidak patut dibuka lagi pada masa ini.

“Dorang (murid) tidak akan buat dan faham penjarakan sosial, tak akan hendak harap cikgu jaga semua.

“Kasihan cikgu, sah tidak terjaga, itu belum berkongsi makan minum, main peluk sesama mereka,” katanya.

Azieda Azieda berkata, dia tidak setuju apatah lagi sudah menghampiri akhir tahun.

“Sudah hendak akhir tahun. Boleh tak kalau tak setuju. Insya-Allah anak-anak kita walaupun di rumah masih lagi boleh belajar walaupun tidak sepenuhnya mengikuti…lagi di Johor, sekolah pagi dan sekolah agama (petang),” katanya.

Sementara itu, Maria Isabella mencadangkan sekolah dibuka berperingkat dengan mengutamakan murid tahun empat hingga enam.

“Janganlah terg3sa-g3sa buka sekolah rendah terutama untuk tahun satu, dua dan tiga. Jumlah mereka ramai walau berperingkat akan di buka. Lebih-lebih lagi dengan (pematuhan) penjar4kan sosial paling susah untuk anak-anak tahap ini,” katanya.

Bagi EyQin EyRah pula, dia berharap sekolah dibuka tahun hadapan kerana masih bimbangkan keselamatan anak.

“Saya harap sekolah dibuka tahun depan saja, risau anak-anak kerana saya tidak membawa mereka keluar sejak 18 Mac sampai sekarang. Biarlah mereka keb0sanan di rumah pun yang penting keselamatan terjaga,” katanya.

Sementara itu, Imyus Imyus pula berbeza pendapatnya dan mengakui bersetuju dengan pembukaan semula sekolah rendah kerana katanya, murid akan mula patuh dengan normal baharu.

“Kita kena didik anak-anak, hendak tunggu reda tidak tahu bila. Belajar hadapi secara perlahan-lahan, SOP perlu ditambah baik,” katanya.

Senada dengan saranan itu, Bustaman Rusli berkata, ibu bapa yang masih bimbang dengan Covid-19, perlu diberi pilihan sama ada menghantar anak ke sekolah atau tidak.

“Boleh dah buka sekarang. Tetapi tiada p4ksaan. Yang rasa risau tidak payah (perlu) hantar (ke sekolah),” katanya.

Manakala, Wan Poninan pula sarankan kerajaan membuka sekolah rendah bermula Julai ini.

“Buka sajalah Julai ini. Lama-lama terperap rumah jadi apa, pelajaran dorang (murid) ini (ketinggalan),” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:Hmetro

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Pejvang Tentera Nasional Indonesia Dilap0r Terhemp@s Di Kawasan Perumahan Di Riau Pagi Tadi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*