Sushant Singh Rajput M@ti Bunvh Diri

AKTOR Bollywood meningkat naik Sushant Singh Rajput, 34, ditemui men1nggal di kediamannya di Bandra, Mumbai hari ini.

Laporan awal menyebut ia disebabkan Bvnuhdiri.

Rajput memulakan kariernya pada 2008 dengan membintangi telefilem Kis Desh Mein Hai Meraa Dil.

Populariti diraih program berkenaan sekali gus membuka peluang buat aktor terbabit diuji bakat membintangi siri yang sangat berjaya berjudul Pavitra Rishta.

Pada 2013, Rajput membintangi filem sulungnya berjudul Kai Po Che! sehingga membolehkan namanya dicalonkan dalam pelbagai acara anugerah di India.

Filem terbitan bekas eksekutif Disney, Ronnie Screwvala dan Siddharth Roy Kapur itu turut mendapat pencalonan di Festival Filem Berlin sebelum dilancarkan di seluruh dunia.

Antara kejayaan terbesar Rajput adalah wataknya sebagai kapten kriket India sebagai Mahendra Dhoni dalam filem biografi M.S. Dhoni: The Untold Story pada 2016.

Filem lainnya yang hit juga termasuk Kedarnath pada 2018 dan Chhichhore (2019). Tahun lalu, filem Drive lakonannya turut ditayangkan di Netflix.

Manakala, filem membabitkannya berjudul Dil Bechara iaitu versi buatan semula daripada filem The Fault in Our Stars bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Kem4tian mengejutnya itu ternyata benar-benar membuatkan ramai rakan industri tidak percaya termasuk aktor senior Akshay Kumar.

“Terus-terang, berita ini sangat mengejutkan saya dan hilang kata-kata. Saya masih ingat menontonnya dalam Chhichhore dan beritahu sahabat saya Sajid, saya sangat suka filem itu.

“Dia seorang pelakon yang sangat berbakat besar. Semoga Tuhan memberi kekuatan buat seluruh keluarganya,” demikian ciapan Akshay di Twitter.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:HM Online

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Sushant Singh Rajput M@ti Bunvh Diri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*