Tak ‘Main Hent@m’, Zulin Aziz Nyanyi Lagu Tamil “Dah Tanya Betul…”

Selebriti serba boleh, Zulin Aziz menerusi laman Instagram miliknya seringkali menjadi perhatian warganet. Ini kerana, dia bukan sahaja berkongsikan perkembangan kerjaya malah sporting menghiburkan peminat dan pengikut.

Seperti yang diketahui, Zulin Aziz sering menghasilkan video drama-drama lucu yang membabitkan pelakon-pelakon terkenal Bollywood dan ternyata, ia mendapat perhatian orang ramai sehingga dia dipuji warganet antara selebriti yang boleh membuatkan mereka terhibur dan berbakat.

Selain itu, apa yang membuatkan orang ramai juga terhibur dengannya, Zulin Aziz ternyata pandai menggunakan pelbagai bahasa seperti Korea, Jepun, Cina, Tamil dan pelbagai lagi namun tidak disangka-sangka ada yang merasakan dia ‘main hentam’ saja.

Namun, Zulin Aziz tidak cepat melatah lalu membvktikan dia tidak ‘main hentam’ ketika menyanyikan lagu Tamil dan meminta agar peminat dan pengikut di Instagram untuk ‘tag’ kawan-kawan bagi mengenal pasti tentang yang dinyanyikannya ini.

“Tag kawan India korang… betul tak betul saya nyanyi Tamil…” ujar Zulin Aziz disamping berkongsikan rakaman video nyanyi lagu Tamil.

 

View this post on Instagram

 

Tag kawan India korang … betul tak betul saya nyanyi tamil 😜

A post shared by زولين عزيز (@zulinaziz) on


Tidak disangka-sangka, perkongsian Zulin Aziz mendapat lebih seribu komen yang rata-ratanya bertanya dengan rakan mereka tentang apa yang dinyanyikan Zulin Aziz.

Ternyata, ada yang mengatakan betul tetapi slang sahaja lari sedikit selain pelbagai reaksi mereka juga yang turut memuji bakat Zulin Aziz yang ada sahaja membuatkan warganet terhibur.

Reaksi ramai

“Betul ke ni…”

“Betul ke dia nyanyi…”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:HCL

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Tak ‘Main Hent@m’, Zulin Aziz Nyanyi Lagu Tamil “Dah Tanya Betul…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*