“Itu Gambar Saya…” Foto 60 Tahun Lalu Tvlar, Guru Pencen Dedh Kisah Disebalik

Tidak sangka foto 60 tahun dahulu kembali tular, seorang guru pencen, Datin Zainoriah Abdul Rahim, 79, memberitahu bahawa foto yang memaparkan sekumpulan pelajar perempuan maktab perguruan tahun 1960, berkebaya sambil menunggu bas adalah dirinya.

Foto tersebut menjadi tular sejak akhir-akhir ini, memperlihatkan fotonya menjinjit beg, lengkap berkebaya nyonya bersama lagi empat rakannya.

“Itu gambar saya…”

Zainoriah berkata, ketika foto itu diambil dia dan empat rakannya itu sedang berada di perhentian bas, masing-masing sedang menunggu dijemput saudara.

“Itu gambar saya tengah tunggu bas nak ke rumah ibu saudara di Kuala Lumpur. Rasa tak percaya sebab itu peristiwa 60 tahun lepas…”

Ada wartawan ambil gambar

Umurnya ketika itu berusia 19 tahun, dia bersama empat lagi rakannya tidak menyangka momen di perhentian bas itu juga menarik perhatian lensa jurugambar dari akhbar tempatan yang sedang bertugas ketika itu.
id=”google_ads_iframe_/21622890900/MY_ohmymedia.cc_res_article_below_728x90//468×60//300×250//336x280_0__container__”>

Kecoh satu kolej muka masuk surat khabar

Mengimbau kembali kenangan 60 tahun lepas, dia dan rakan-rakan terkejut apabila wajah mereka terpampang di muka depan surat khabar Berita Harian, sehingga menjadi perhatian ketika di kolej.

Dulu tak macam sekarang

Mengulas mengenai pemakaian guru di zaman itu, Zainoriah berkata ketika dahulu, tidak ada isu pakaian cikgu seksi pun dan berkebaya tak pernah mengundang cakap-cakap liar atau isu sensual.

“Tak salah pun cikgu pakai baju kebaya ke sekolah tetapi mesti disesuaikan dengan norma semasa dan sekarang pun ramai guru yang sudah bertudung…”

Meskipun sudah 60 tahun berlalu, masih segar dalam ingatan momen-momen itu. Malah, guru pencen berkenaan masih kelihatan jelita seperti dahulu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Itu Gambar Saya…” Foto 60 Tahun Lalu Tvlar, Guru Pencen Dedh Kisah Disebalik"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*