Dapat Rentas Negeri, Rvntun Jlwa Anak Bila Balik Hanya Jen@zah Ibu Yang Menanti

Apabila kerajaan telah menamatkan PKPB dan membenarkan perjalanan merentas negeri, berpusu-pusulah anak perantauan pulang mahu berjumpa dengan ibu dan ayah di kampung.

Namun, buat kisah seorang wanita dikenali sebagai Ana Muney, apabila kepulangan disambut dengan berita kematian ibu yang tercinta.

Ketika tempoh PKP, kawalan memang getat dan jika tiada alasan yang kukuh memang tidak dibenarkan merentas negeri. Oleh itu, Ana memendam rindu untuk berjumpa ibunya di kampung sehingga PKP tamat.

Namun, ketentuan Allah terlebih dahulu menjemput apabila ibunya meninggal dunia ketika PKP dikuatkuasakan. Difahamkan, ibunya yang dijaga adik, dikatakan sering demam dek kerana terlalu rindukan anak-anak yang lain.

Masa PKP  janji dengan adik-bradik, nak balik kampung sama-sama, lepads dah habis smua ni (covid-19), nak peluk mak erat-erat sebab mak kerap sangat demam sejak PKP ni adik yang jaga mak, dia kata sebab PKP ni,mak demam rindu, mak terlalu rindu anak-anak…”

Ana berkata, telah bermacam-macam dirancang apabila PKP tamat, antaranya mahu membawa ibunya datang ke Pahang untuk menyambut majlis akikah anak ketiganya.

“Semuanya jadi dengan cepat dan masa PKP pulak, mak tenat sekejap sangat trus msuk ICU dan meninggal, macam mimpi, sedih bila kenangkan dah rancang macam-macam termasuk la nak bawa mak mai Pahang untuk akikah ank ketiga cucu ni pun mak tak sempat tengok…”

Runtunya jiwa anak, apabila pulang hanya dinanti sekujur tubuh ibu kaku berbalut kain putih sudah tidak lagi bernyawa, masih terngiang-ngiang perbualan bersama ibu.

“Pelukan dan ciuman terakhir kami anak-anak hanyalah sekujur tubuh kaku sejuk dibalut kain putih, Setiap kali cakap fon itu yang dibualkan mak (tak  sabar nak tengok cucu baru) Tahun ni bukan saja PKP mnjadi kenangan, pemergian mak juga bakal dikenang kami adik bradik..tolong doakan ibu saya…”

Semoga saudari Ana dan keluarga terus tabah menghadapai kehilangan yang amat memeritkan ini. Semoga roh ibunya ditempatkan dalam kalangan hamba Allah yang beriman.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:  FuadRahmanTv

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Dapat Rentas Negeri, Rvntun Jlwa Anak Bila Balik Hanya Jen@zah Ibu Yang Menanti"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*