Kumpul Saham Akhirat, Shuib Tvbuh Yayasan Bantu Orang Svsah

Tervk dih3ntam kerana menyuarakan pandangan golongan selebriti perlu bantuan khusus daripada kerajaan, pelawak dan usahawan Shuib Sepahtu mahu ‘menebus’ kesilapannya itu dengan melancarkan Yayasan Bubble Bee untuk membantu golongan yang memerlukan.

Menurut Shuib, idea menubuhkan yayasan itu timbul ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan Mac lalu. Ujarnya, sebahagiaan hasil daripada perniagaan minuman Bubbe Bee yang diusahakannya akan disalurkan ke yayasan itu.

“Idea menubuhkan yayasan ini tercetus ketika kita berada dalam tempoh PKP. Ketika itu saya memberi bantuan kepada golongan memerlukan. Namun, perkara itu mengvndang kritikan warganet kononnya saya mahu buat ‘damage control’.

“Memandangkan saya ada perniagaan minuman Bubble Bee, jadi saya terfikir kenapa tidak menubuhkan yayasan. Kiranya, aktiviti bantuan ini akan dibuat secara berterusan dan bukannya sementara.

 

View this post on Instagram

 

Menantu abah,Anak abah ⛳️@raissuddin_hamzah

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu) on


“Apa saya akan buat adalah, daripada perniagaan itu saya ketepikan sedikit bahagian untuk yayasan berkenaan. Contoh dari hasil jualan harian, cendrahati Bubble Bee dan lebihan duit baki yang pelanggan masukkan dalam tabung,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, Shuib berkata dia akan mewajibkan setiap cawangan dan cawangan kerjasama yang dibuka melakukan perkara sama. Menerusi yayasan itu, Shuib merancang untuk membuat program kebajikan masyarakat (CSR) pada setiap bulan.


“Disebabkan saya nak buka banyak cawangan, saya terfikir setiap daripada itu diwajibkan menjaga satu rumah kebajikan. Walaupun jumlah d1sumbangkan tak banyak, tapi kalau berterusan ia pasti bermanfaat dan membantu.

“Alhamdulillah, perkara itu disambut baik setiap rakan kerjasama yang membuka cawangan. Mereka bersetuju dan tak bantah pun. Sekurang-kurangnya ada juga saham akhirat,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

@bubblebeemalaysia_hq #Bubblebee #Setapak #opening1Julai

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu) on


Difahamkan, Shuib bakal membuka enam lagi cawangan Bubble Bee dan menyasarkan 28 cawangan dibuka pada tahun ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber: Rotikaya

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Kumpul Saham Akhirat, Shuib Tvbuh Yayasan Bantu Orang Svsah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*