“Ada Kalanya Saya Sendiri Ser@m” Penampkan Poc0ng Di Segamat Johor Cetus Tanda Tanya, Adakah Benar Wujud?

Demi melindungi kebun duriannya daripada kegiatan mencuri, seorang pemilik dusun tampil dengan idea lebih menyeramkan.

Pemilik dusun durian Kampung Tengah, Segamat iaitu Rosman Budiman, 61, memilih untuk meletakkan figura ‘pocong’ bagi mengelak daripada hasil buah duriannya dicuri.

Menerusi Harian Metro, Rosman memberitahu dia membeli dua meter kain putih tiga minggu lalu untuk dibentuk sebagai lembaga putih.

“Dua ‘pocong’ dewasa dibentuk dari kotak kertas setinggi 1.5 meter dan seberat 450 gram disaluti kain putih berjaya mengurangkan kehilangan buahan itu membabitkan 10 pokok durian pada musim ini.

“Sebelum ini, jika lambat memungut buah, pencuri akan melarikannya,” katanya.

Tambahnya, dia juga turut membakar gaharu bagi menimbulkan suasana menyeramkan sebelum pulang ke rumah setiap petang.

“Ada kalanya saya sendiri turut seram sejuk akibat bau gaharu jika datang berseorangan untuk mengutip durian.

“Kos penyediaan kesemua bahan berkenaan termasuk gaharu, hanya RM8 sahaja,” katanya.

Jelasnya dia sebelum ini pernah meletakkan patung harimau di dusun berkenaan, namun telah dilarikan pencuri.

“Saya terpaksa mencari idea berlainan tiap ketibaan musim durian,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:Harian Metro

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Ada Kalanya Saya Sendiri Ser@m” Penampkan Poc0ng Di Segamat Johor Cetus Tanda Tanya, Adakah Benar Wujud?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*